Thursday, May 24, 2007

BUNGA-BUNGA CINTA (5)

[Disebabkan aku tengah bosan tahap dewa..nah ambil entry ni.Khas buat Teratai.]

Kekecewaan yang aku alami bersama bunga-bunga yang pernah singgah dalam hidup ku sepatutnya sudah mampu menjadi guru yang hebat dalam membantu aku lebih berhati-hati dalam membina perhubungan di masa hadapan. Kalau bukan guru yang hebat sekalipun, Mawar, Seroja dan Anggerik sekurang-kurangnya mampu membuatkan aku lebih memahami bunga-bunga yang akan datang. Tapi bukan ini yang berlaku. Sebaliknya peristiwa lama berulang dan terus berulang.
Belum sempat aku mengubat luka yang sengaja aku hiris ketika bersama Anggerik hadir pula Teratai. Kali ini lebih parah. Kalau bersama Anggerik akulah pemangsa tapi lain pula ketika bersama Teratai. Akulah mangsanya. Sukar untuk aku memahami hati dan perasaanya. Apatah lagi untuk menerima pendirian hidupnya. Sepanjang perkenalan kami yang terjadi secara tiba-tiba, beberapa kali aku tertekan dan ditekan oleh perasaan aku sendiri. Aku terdera kerana kasih dan sayangnya aku padanya. Sungguh aku tidak memahami perasaanya. Kamu tahu atau tidak, pengertian cinta di antara kami sendiri jauh berbeza. Cinta bagi Teratai adalah jika kita mencintai seseorang, segala-galanya adalah milik kita. Dia adalah kepunyaan kita, bukan orang lain. Walau apa yang berlaku ia tetap milik kita. Walau dalam usaha merealisasikan cinta kita terpaksa mengorbankan seribu jiwa ia tetap milik kita. Itukah cinta sejati?
Cinta bukan bermakna segala-galanya harus milik kita. Cinta sejati adalah apabila kita mencintai seseorang, yang terbaik adalah untuk yang dicintai. Pencinta harus yang terbaik. Kita harus melepaskan cinta pergi jika ada yang lebih baik dari apa yang mampu kita berikan. Cinta harus memberi jiwa kepada seribu jiwa. Bukan membunuh jiwa!
Seperti perkenalan, perpisahan kami juga berlaku secara tiba-tiba. Aku meratapi perpisahan kami. Sungguh aku meratapi. Aku kecewa. Kecewa kerana kehilangan insan yang sangat aku kasihi. Pergilah kalau kau mahu membunuh seribu jiwa, Teratai.

bersambung..

6 comments:

Anonymous said...

Sungguh menyayat hati...
sedih... sedih...

Dulu Gua biasa jugak buat perkara ini...
meninggalkan seseorang bila Gua tahu dia mencintai Gua...
Kejam betul Gua...!!!

Bro PJ... bersabarlah...
nanti akan datang bunga yang lebih hebat, lebih brutal...dari album Brutal XPDC....

Alif Azhar said...

Bunga apa.Bunga Angkasa?haha..:-(
bro..dah lama nak ckp,artikel mael tu kecil.tak boleh baca.hukhuk..;-)

Anonymous said...

Sebenarnya artikel tu besar tapi bila orang lain baca jadi kecil... apasal ntah masalah multiply ni... nanti Gua cuba besarkan sampai dapat baca... tak guna Gua tampal kalau tak dapat baca ye..tak?
:)

Alif Azhar said...

buat susah2 je bro.
dpt pandang pun dah kira besar 'rahmat'.
tp klu dpt baca lagi besar 'rahmat'.;-)

Anonymous said...

Bro Pj,
Gua dah besarkan kat photo Gua...
orang buta pun boleh baca tu..
hi... hi... hi...

Alif Azhar said...

bro,
gua tak tau nak ckp apa.dgn jasa bro besarkan artikel mael & xpdc tambah lagi dgn pembebasan mael,gua tak tau perkara baik apa yg gua dah buat sehari dua ni.
tq byk2 bro.
apatah lg org yg tak buta mcm gua ni.;-)