Thursday, April 02, 2009
Monday, October 20, 2008
PERSONAL JOURNAL (21)
16 Syawal. Jam 0059h. Kedudukan berbaring. Keselesaan..biasa, toto nipis. Kipas no 1. Gelap, agak gelap, dengan fakta tingkap berlangsir + tuala, cahaya dari luar terhalang masuk ke dalam ruang bilik. Cuaca baik. Sunyi. Perut baru habis diisi chicken chop yang tak berapa sedap, buktinya tak habis pun dimakan. Tapi bukan semua ini yang lu perlu tahu. Cuba lihat gambar di bawah. Lihat kepala gua. Perhati betul-betul. Kali terakhir gua botak sebegitu 10 tahun yang lalu. Bukan 1 keputusan yang mudah. Gua gamble. 2000h gua keluar menuju kedai gunting rambut kesukaan gua, jika masih buka bermakna memang tersurat kepala gua botak. Jika ada yang bertanya kenapa gua botakkan kepala, mari...gua ada cerita.
Gua pernah membela seekor burung. Ia pandai berkata-kata dan namanya cinta..burung cinta. Suatu hari ia bertanya kepada gua sama ada gua tahu kenapa namanya cinta? Gua kata biar dia saja yang beritahu, lebih mudah. Katanya namanya cinta kerana dia tahu segala-galanya tentang cinta. Kerana pengakuan yang sebegitu gua bayangkan satu perkara dan burung peliharaan gua ini perlu membuat keputusan sama ada ia cinta atau tidak.
Gua kalau bercinta nanti gua mahu pasangan gua mencemburui gua jika gua berkata-kata dengan perempuan lain. Gua mahu dia memarahi gua jika gua ditegur oleh perempuan lain. Gua mahu dia jauh hati jika gua berada dekat dengan perempuan lain. Gua mahu dia seolah-olah mahu meletakkan gua dalam sebuah peti besi. Di sana gua akan berseorangan, tak ada orang lain. Kemudiannya dia masuk tinggallah kami berdua dan bila keluar semula hanya tinggal gua seorang. Tak ada orang lain. Burung peliharaan gua kemudiannya terjerit-jerit tanpa henti. Seketika kemudian kembali tenang sebelum terjerit-jerit semula. Selama 6 hari berturut-turut burung cinta berkelakuan begitu. Masuk hari ke 7 ia minta dilepaskan. Gua lepaskan burung peliharaan gua tersebut tanpa dia memberikan jawapan. Kini gua benar-benar sedang bercinta. Bukan dia tetapi gua yang membawa peti besi. Gua mahu dia di dalam peti besi. Tak dapat dilihat. Tak dapat ditegur. Tak dapat dihampiri. Mungkin gua perlu lepaskan sesuatu buat kali kedua. Tidak. Apa la keadaan burung cinta gua..entah hidup entah mati.
Raya tahun ini gua anggap raya terhebat dalam sejarah raya-raya terdahulu yang pernah gua alami. Bukan kerana lebih meriah tapi kerana perkara lain. 30 Ramadhan sebaik sahaja balik dari kerja gua kemas-kemas beg pakaian lalu pulang ke kampung walaupun raya pertama gua perlu bekerja, sekurang-kurangnya malam raya gua di kampung. Malangnya baru 2 jam gua di kampung gua sudah kembali bergegas mengemas beg dan keluar dengan satu perasaan yang hancur, kemudiannya bertukar marah membara. Hati gua panas membakar seolah singa yang terancam. Kerana 1 pertengkaran Syawal ke 4 baru gua beraya. 0215h
Gua pernah membela seekor burung. Ia pandai berkata-kata dan namanya cinta..burung cinta. Suatu hari ia bertanya kepada gua sama ada gua tahu kenapa namanya cinta? Gua kata biar dia saja yang beritahu, lebih mudah. Katanya namanya cinta kerana dia tahu segala-galanya tentang cinta. Kerana pengakuan yang sebegitu gua bayangkan satu perkara dan burung peliharaan gua ini perlu membuat keputusan sama ada ia cinta atau tidak.Gua kalau bercinta nanti gua mahu pasangan gua mencemburui gua jika gua berkata-kata dengan perempuan lain. Gua mahu dia memarahi gua jika gua ditegur oleh perempuan lain. Gua mahu dia jauh hati jika gua berada dekat dengan perempuan lain. Gua mahu dia seolah-olah mahu meletakkan gua dalam sebuah peti besi. Di sana gua akan berseorangan, tak ada orang lain. Kemudiannya dia masuk tinggallah kami berdua dan bila keluar semula hanya tinggal gua seorang. Tak ada orang lain. Burung peliharaan gua kemudiannya terjerit-jerit tanpa henti. Seketika kemudian kembali tenang sebelum terjerit-jerit semula. Selama 6 hari berturut-turut burung cinta berkelakuan begitu. Masuk hari ke 7 ia minta dilepaskan. Gua lepaskan burung peliharaan gua tersebut tanpa dia memberikan jawapan. Kini gua benar-benar sedang bercinta. Bukan dia tetapi gua yang membawa peti besi. Gua mahu dia di dalam peti besi. Tak dapat dilihat. Tak dapat ditegur. Tak dapat dihampiri. Mungkin gua perlu lepaskan sesuatu buat kali kedua. Tidak. Apa la keadaan burung cinta gua..entah hidup entah mati.
mesej masuk..
PeJaM cEliK pEjAm CeLiK dAH lAmA tAk JuMpA.pEjAM cElIk DaH 30 hArI pUaSa.MaKiN dIpEjAm CeLiK mAkIN bAnYaK sAlAh DaN dOsA.sEmEnTaRa MaSiH cELiK bAnYaK-bAnYaKlAh BuAt PaHaLa.SeBeLuM pEjAm TaK cElIk-CeLiK hArAP mAaF tErSaLaH kAtA.sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi...pak sakit pun hang nak merajuk ambil hati.Ingat mak tak sedih ke..ingat pak tak tanya ke.. - kakak
Sunday, July 27, 2008
Sunday, April 27, 2008
PERSONAL JOURNAL (19)
Pulang ke kampung halaman, gua jalan-jalan sekitar bandar lama Taiping. Panas terik membawa gua ke sebuah kedai jam gua anggap paling terkenal di sini, hidup di sebalik jenama Roscani. "Tak sesuai kalau tak pakai jam. Baju lengan panjang seluar slack bertali leher pakai jam baru cantik". Itu kata-kata masa gua membuat persiapan sebelum daftar diri di sebuah universiti tempatan sedikit masa dahulu. Secara tidak langsung minta izin bagi menggunakan sejumlah kecil dari Rm300 yang diberi pada gua buat belanja di universiti sebelum pinjaman diterima.4 tahun dulu mana sama seperti sekarang. Sebulan dua yang lalu gua kerja bagai orang gila. Pergi kerja kedai masih belum dibuka. Balik kerja kedai pula sudah tutup. Gua cuma sedar gua terlalu sibuk bila gua kehabisan sabun mandi. Gua kerja sehingga tak ada masa untuk beli semua tu. Masa sekarang mana sama seperti beberapa tahun yang lalu. Bila terlepas secara sedar hari konvokesyen untuk diri sendiri baru tahu tak ada dua zaman sebagai seorang penuntut.
Universiti takutkan gua jika berat badan semakin bertambah. Dari 56 ke 58 bertambah 59 dan pertama kali mencecah angka 60 bila mencapai berat 61kg di semester akhir. Sebulan dua yang lalu bila gua seperti orang gila, gua kehilangan pinggul kata orang. Seluar-seluar gua pun ada yang sudah longgar. Si orang gila ini cuma makan sehari sekali itupun selepas 11 malam. Kedai jam ini ingatkan gua pada kenangan jam tangan berharga 60 ringgit. Di sini hampir 10 tahun dahulu gua temankan seorang kawan. Dia belikan untuk diri sendiri jam berharga 60 ringgit tunai. Cantik dan gua kata pada diri sendiri alangkah baik kalau gua mampu beli untuk diri sendiri. Pendapatan gua sebulan yang lalu membuatkan gua terpaksa membayar cukai pendapatan sebanyak 45 ringgit. Dano kerap kali terlucut dari pergelangan tangan gua. Tangan gua semakin besar atau jam ini sudah tua. Atau antara gua dan dia sudah tidak ada cinta sesama.
Bukan saja panas terik malah cukai sebanyak 45 ringgit itu juga membawa gua ke kedai ini. Gua melihat setiap jam-jam yang mahu dijual tapi akhirnya gua keluar dengan tangan kosong. Gua sedar walaupun gua mampu beli berganda-ganda lebih mahal dari jam yang pernah gua cemburukan hampir 10 tahun dulu ia tak akan sama dengan jam yang gua pakai selama ini. Gua hanya beli dengan harga 35 ringgit. Gua beli di sebuah kedai telekomunikasi. Gua pakai di bilik-bilik kuliah. Gua renung tajam setiap kali peperiksaan akhir. Gua akan membina kembali pinggul yang telah hilang. Gua sedar duit bukan segala-galanya. Gua tak patut lupa pada kenangan-kenangan yang gua ada.
Friday, February 08, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)

