Monday, October 20, 2008

PERSONAL JOURNAL (21)

16 Syawal. Jam 0059h. Kedudukan berbaring. Keselesaan..biasa, toto nipis. Kipas no 1. Gelap, agak gelap, dengan fakta tingkap berlangsir + tuala, cahaya dari luar terhalang masuk ke dalam ruang bilik. Cuaca baik. Sunyi. Perut baru habis diisi chicken chop yang tak berapa sedap, buktinya tak habis pun dimakan. Tapi bukan semua ini yang lu perlu tahu. Cuba lihat gambar di bawah. Lihat kepala gua. Perhati betul-betul. Kali terakhir gua botak sebegitu 10 tahun yang lalu. Bukan 1 keputusan yang mudah. Gua gamble. 2000h gua keluar menuju kedai gunting rambut kesukaan gua, jika masih buka bermakna memang tersurat kepala gua botak. Jika ada yang bertanya kenapa gua botakkan kepala, mari...gua ada cerita.
Gua pernah membela seekor burung. Ia pandai berkata-kata dan namanya cinta..burung cinta. Suatu hari ia bertanya kepada gua sama ada gua tahu kenapa namanya cinta? Gua kata biar dia saja yang beritahu, lebih mudah. Katanya namanya cinta kerana dia tahu segala-galanya tentang cinta. Kerana pengakuan yang sebegitu gua bayangkan satu perkara dan burung peliharaan gua ini perlu membuat keputusan sama ada ia cinta atau tidak.
Gua kalau bercinta nanti gua mahu pasangan gua mencemburui gua jika gua berkata-kata dengan perempuan lain. Gua mahu dia memarahi gua jika gua ditegur oleh perempuan lain. Gua mahu dia jauh hati jika gua berada dekat dengan perempuan lain. Gua mahu dia seolah-olah mahu meletakkan gua dalam sebuah peti besi. Di sana gua akan berseorangan, tak ada orang lain. Kemudiannya dia masuk tinggallah kami berdua dan bila keluar semula hanya tinggal gua seorang. Tak ada orang lain. Burung peliharaan gua kemudiannya terjerit-jerit tanpa henti. Seketika kemudian kembali tenang sebelum terjerit-jerit semula. Selama 6 hari berturut-turut burung cinta berkelakuan begitu. Masuk hari ke 7 ia minta dilepaskan. Gua lepaskan burung peliharaan gua tersebut tanpa dia memberikan jawapan. Kini gua benar-benar sedang bercinta. Bukan dia tetapi gua yang membawa peti besi. Gua mahu dia di dalam peti besi. Tak dapat dilihat. Tak dapat ditegur. Tak dapat dihampiri. Mungkin gua perlu lepaskan sesuatu buat kali kedua. Tidak. Apa la keadaan burung cinta gua..entah hidup entah mati.
Raya tahun ini gua anggap raya terhebat dalam sejarah raya-raya terdahulu yang pernah gua alami. Bukan kerana lebih meriah tapi kerana perkara lain. 30 Ramadhan sebaik sahaja balik dari kerja gua kemas-kemas beg pakaian lalu pulang ke kampung walaupun raya pertama gua perlu bekerja, sekurang-kurangnya malam raya gua di kampung. Malangnya baru 2 jam gua di kampung gua sudah kembali bergegas mengemas beg dan keluar dengan satu perasaan yang hancur, kemudiannya bertukar marah membara. Hati gua panas membakar seolah singa yang terancam. Kerana 1 pertengkaran Syawal ke 4 baru gua beraya. 0215h

mesej masuk..

PeJaM cEliK pEjAm CeLiK dAH lAmA tAk JuMpA.pEjAM cElIk DaH 30 hArI pUaSa.MaKiN dIpEjAm CeLiK mAkIN bAnYaK sAlAh DaN dOsA.sEmEnTaRa MaSiH cELiK bAnYaK-bAnYaKlAh BuAt PaHaLa.SeBeLuM pEjAm TaK cElIk-CeLiK hArAP mAaF tErSaLaH kAtA.sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi...pak sakit pun hang nak merajuk ambil hati.Ingat mak tak sedih ke..ingat pak tak tanya ke.. - kakak

No comments: