Sunday, April 27, 2008

PERSONAL JOURNAL (19)

Pulang ke kampung halaman, gua jalan-jalan sekitar bandar lama Taiping. Panas terik membawa gua ke sebuah kedai jam gua anggap paling terkenal di sini, hidup di sebalik jenama Roscani. "Tak sesuai kalau tak pakai jam. Baju lengan panjang seluar slack bertali leher pakai jam baru cantik". Itu kata-kata masa gua membuat persiapan sebelum daftar diri di sebuah universiti tempatan sedikit masa dahulu. Secara tidak langsung minta izin bagi menggunakan sejumlah kecil dari Rm300 yang diberi pada gua buat belanja di universiti sebelum pinjaman diterima.

4 tahun dulu mana sama seperti sekarang. Sebulan dua yang lalu gua kerja bagai orang gila. Pergi kerja kedai masih belum dibuka. Balik kerja kedai pula sudah tutup. Gua cuma sedar gua terlalu sibuk bila gua kehabisan sabun mandi. Gua kerja sehingga tak ada masa untuk beli semua tu. Masa sekarang mana sama seperti beberapa tahun yang lalu. Bila terlepas secara sedar hari konvokesyen untuk diri sendiri baru tahu tak ada dua zaman sebagai seorang penuntut.

Universiti takutkan gua jika berat badan semakin bertambah. Dari 56 ke 58 bertambah 59 dan pertama kali mencecah angka 60 bila mencapai berat 61kg di semester akhir. Sebulan dua yang lalu bila gua seperti orang gila, gua kehilangan pinggul kata orang. Seluar-seluar gua pun ada yang sudah longgar. Si orang gila ini cuma makan sehari sekali itupun selepas 11 malam. Kedai jam ini ingatkan gua pada kenangan jam tangan berharga 60 ringgit. Di sini hampir 10 tahun dahulu gua temankan seorang kawan. Dia belikan untuk diri sendiri jam berharga 60 ringgit tunai. Cantik dan gua kata pada diri sendiri alangkah baik kalau gua mampu beli untuk diri sendiri. Pendapatan gua sebulan yang lalu membuatkan gua terpaksa membayar cukai pendapatan sebanyak 45 ringgit. Dano kerap kali terlucut dari pergelangan tangan gua. Tangan gua semakin besar atau jam ini sudah tua. Atau antara gua dan dia sudah tidak ada cinta sesama.

Bukan saja panas terik malah cukai sebanyak 45 ringgit itu juga membawa gua ke kedai ini. Gua melihat setiap jam-jam yang mahu dijual tapi akhirnya gua keluar dengan tangan kosong. Gua sedar walaupun gua mampu beli berganda-ganda lebih mahal dari jam yang pernah gua cemburukan hampir 10 tahun dulu ia tak akan sama dengan jam yang gua pakai selama ini. Gua hanya beli dengan harga 35 ringgit. Gua beli di sebuah kedai telekomunikasi. Gua pakai di bilik-bilik kuliah. Gua renung tajam setiap kali peperiksaan akhir. Gua akan membina kembali pinggul yang telah hilang. Gua sedar duit bukan segala-galanya. Gua tak patut lupa pada kenangan-kenangan yang gua ada.

10 comments:

sgns said...

Kadangkala kenangan itu teramat mahal...

langsirkalerbiru said...

hahaha..mahal tapi bak kata aku tadi,kadang2 feel tu ilang..
tapi,kepala otak kita bukan macam komputer.leh delete terus data.pasti berbekas gak.
aku pun syg jam aku gak.beli sepuluh ringgit je,kat pekan sari.tapi jenama puma :b

broken_nigina said...

"ingatku dalam doamu"
:lol:
mahal sungguh nilai seutas jam..
:)

yantzy said...

fren, keja smpai xingat dunia tu mmg ada baiknya tapi janganla smpai x bersosial langsung.. maksud gua, "berkawan".. kat tempat lu keja, ramai yg nak jadi kawan lu tapi lu ibarat manusia yg sombong di mata depa.. lu kenal gua sebab lu la yg buat gua dikenali kat tempat keja lu tapi bagi depa, kita ni bagai langit dan bumi walaupun depa heran macam mana gua leh hidup sebilik ngan manusia macam lu selama 3tahun sejak hari pertama kita kat u.. semua tu gua sangkal habis-habisan sebab gua pun kenal lu.. amacam beb!! carila kawan, xrugi ada ramai kawan..

pemuda jalanan said...

BRO SGNS,
terlalu mahal..

langsir,
puma branded jgk tu..

nigina,
gua masih ingat cuma tak seingat dulu..

yantzy,
hehe..(senyum-senyum tadah tangan).

yantzy said...

tadah tangan nak penampar ke???? :')

langsirkalerbiru said...

branded citak rompak bro..haha..

Pembaca said...

dah lm x jenguk ke sini.
ape cer bunga2 kamu tu dulu ye?
dah xde sambungan ke?

pemuda jalanan said...

pembaca,

xmain la bunga2 ni..
skrg aku dah ada budak comel ;-)

Anonymous said...

nnti bleh cita pasal budak comel lak ye..budak mana yg comel 2.