Saturday, November 03, 2007

SURAT (3)

SURAT LAYANG UNTUK BURUNG LAYANG-LAYANG (2)

Walaubagaimanapun lelaki tetap lelaki. Apa yang boleh kita nafikan tentang perkara yang telah ditetapkan mengenai manusia. Pernah juga saya cuba menongkah arus. Kita sedia maklum ada sesetengah di kalangan kita yang berhati keras. Insan sebegini selalunya adalah mereka yang jenis bersikap keras. Kasar. Oleh kerana itu, kadang kala ada di antara kita yang kurang terpesona dengan kecantikan kaum sejenis saudari.

Terlalu jauh saya menyimpang. Sebenarnya bukan perkara cinta yang berlaku. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perasaan bencana seperti itu. Apa yang berlaku sebenarnya saya telah memandang satu perkara yang telah menarik perhatian saya. Ingin saya gunakan istilah 'memandang seorang gadis comel'. Itu yang sukarnya. Kita tertarik kepada seorang gadis cantik itu bukanlah suatu perkara yang sukar disebabkan kita tidak akan selama-lamanya tertarik dengan kecantikan perempuan tersebut. Kita boleh jadi jemu. Apatah lagi kecantikan hanya di usia muda. Lama kelamaan ia akan dimamah usia. Berlainan dengan saudari. Berapa agaknya usia saudari? Saya kira mungkin sekitar 20. Boleh jadi juga 21 tahun. Saya percaya saudari sudah tentu lebih muda dari saya.

Baiklah, biar saya berterus terang saja. Saudari mungkin tidak cantik jika dinilai dari segi ciri-ciri kecantikan yang selalu kita gunakan untuk mencari ratu cantik saban tahun. Jujurnya saya akui saudari masih mempunyai kekurangan. Sudah adat kepada manusia tidak dapat lari dari kekurangan. Lagipun tiada manusia yang sempurna. Tipulah saya kalau saya katakan saudari sempurna bagaikan bidadari. Itu cuba membeli harga seorang perempuan namanya. Seperti yang telah saya katakan dari awal lagi, saya telah melihat seorang perempuan yang comel. Saudari kelihatan comel. Haha..istilah comel kedengaran terlalu melankolik. Hakikatnya ia telah menjadi suatau perkara yang sukar.

Sehari-hari saya dibelenggu kerisauan. Khuatir saya kalau-kalau tempat saudari digantikan oleh orang lain sebelum ramadhan yang terakhir. Mujurlah ada saudari, boleh juga memjadi pemberi semangat sepanjang hari saya berniaga di sini. Bila melihat ruang meja saudari lenggang tertanya-tanya apa tidak berniagakah saudari hari ni. Mujurlah saudari hanya terlewat.

Sudah berjela-jela rupanya surat ini tapi tidak juga kita pergi kepada maksudnya yang sebenar. Jangai hairan kalau surat ini terlalu panjang. Mengarang bukanlah satu perkara yng sukar bagi saya. Saya pernah menulis tidak kurang dari 70 muka surat dalam suatu laporan sebagai syarat tamat pengajian hampir dua bulan yang lalu. Saya juga pernah menulis beberapa cerita pendek. Jadi inilah bahananya. Surat ini jadi berjela-jela. Terlalu banyak bunga-bunga bahasa sebagai pembuka kata telah digunakan. Perkataan-perkataan yang terbina telah menjadi terlalu panjang. Khuatir juga saudari jadi jemu. Lebih malang jika surat ini saudari tinggalkan bgitu saja sebelum habis dibaca. Malang sungguh saya kalau itu yang berlaku.

Baiklah, biar saya berterus terang. Tujuan saya menulis surat ini adalah supaya timbul suatu perasan malu di antara kita terutama kepada saya dengan harapan agar perasaan malu tersebut akan menghalang saya dari terus menerus mencuri memandang saudari. Saya agak 'radikal' bila menyentuh mengenai soal perempuan. Memandang seorang perempuan dengan suatu perasaan yang lain sudah saya anggap sebagai 'kurang ajar'. Apatah lagi di bulan yang mulia ini tidak seharusnya saya bersikap begitu. Berpusasa bukan setakat menahan makan dan minum dari subuh hingga ke maghrib. Mudah-mudahan mata kita turut terjaga daripada penglihatan yang berlebih-lebihan.

Saya akui saya telah memandang saudari dengan suatu pandangan yang melampui batas. Saya selami diri saudari. Maksud saya...entah bagaimana hendak dijelaskan. Setiap kali memandang saudari pandangan mata saya akan disertakan dengan suatu keluhan yang panjang. Entah sampai bila saya harus mengeluh. Setiap kali mengeluh akan meluncur keluar dari mulut saya kalimah comel yang entah berapa kali berulang. Saya teringatkan....

1 comment:

Anonymous said...

Hi... hi... hi..
best... best...
:)

Teringat gua waktu 'muda-muda' dulu...