Wednesday, October 24, 2007

SURAT (2)

SURAT LAYANG UNTUK BURUNG LAYANG-LAYANG (1)

Ketiadaan saudari tempoh hari membuatkan saya 'terpaksa' mengambil tindakan ini. Walaupun kelihatan tidak releven...releven atau tidak sesuatu perlu dilakukan. Saya teringatkan pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Saya juga terkenangkan ungkapan berbentuk nasihat, "jangan menyimpan perasaan yang bergelora nanti buruk padahnya".

Ketika menerima pelawaan dari rakan bagi membantunya berniaga di sini saya tidak mengharapkan sesuatu yang menarik akan saya perolehi. Sesuatu yang boleh dikenang. Apa yang saya yakin hanyalah saya akan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan sepersekolahan yang telah lama tidak saya ketemu. Buktinya saya telah bertegur sapa dengan beberapa rakan lama yang ada segelintir dari mereka telah pun saya lupakan.

Bukan itu yang menjadi masalah kepada saya. Apa yang menjadi masalah adalah saudari!Saudari telah 'mengganggu' saya. Saudari telah 'mengganggu' penglihatan saya. Saudari telah 'mengganggu' semangat bekerja saya. Bagaimana? Saya akan terangkan kemudian.

Sebelum itu sudah tentu suatu perkara yang agak mengejutkan bagi saudari apabila menerima kiriman surat ini. Boleh jadi juga terperanjat kerana kurang percaya masih ada manusia yang masih mengamalkan corak komunikasi cara lama. Sebagai makluman, saya lebih senang menyuarakan sesuatu melalui kiriman surat seperti ini. Lebih klasik. Lantaran itu ada kiriman surat yang masih elok dalam simpanan saya walaupun telah bertahun saya terima.

Saudari tentu tertanya-tanya atas tujuan apa surat ini dilayangkan.Terasa janggal.Ya...mungkin itu yang saudari rasakan. Saudari jangan salah dugaan. Surat ini tidak mempunyai suatu tujuan yang besar. Ringkasnya surat ini adalah atas empat tujuan yang saudari akan fahami setelah membaca keseluruhan isi surat ini.

Pertamanya adalah bagi menghilangkan perasaan rindu saya terhadap bidang penulisan. Sudah lama saya tidak menulis. Jadinya surat ini hanya sengaja dijadikan sebagai tempat saya melepaskan rindu yang sekian terbenam. Maksud saya kepada bidang penulisan. Keduanya bertujuan mewujudkan perasaan malu dalam diri saya. Kenapa? Saudari akan fahami apabila membaca keseluruhan isi surat ini. Ketiganya bagi...mungkin bagi melahirkan perasaan benci, mual atau rasa kurang senang dalam diri saudari terhadap diri saya. Jika tujuan kedua saudari fahami rasanya tidak sukar untuk saudari fahami tujuan ini. Dan yang terakhirnya adalah bertujuan untuk membuang prasangka buruk yang mungkin bermain dalam diri saudari terhadap saya ekoran tingkah laku yang telah saya tunjukkan.

Lumrah manusia sukakan keindahan. Saya juga manusia. Makanya tidak hairanlah jika saya juga sukakan perkara-perkara yang indah. Berbalik kepada pokok persoalan kita yang sebenar.Mungkin saudari sedar atau mungkin tidak sedar di mana saya selalu memandang saudari. Inilah pokok persoalan yang utama. Kenapa saya selalu memandang saudari? Hakikatnya saya kurang gemar memandang anak-anak gadis seperti saudari.Kelibat lalu lalang mereka pun saya kurang perhati sehari-hari saya berniaga di sini. Kurang sedikit daripada mereka yang menarik perhatian saya. Malah mungkin tidak ada seorang pun yang berjaya membuatkan saya tertarik.

Apa yang boleh saya katakan.Saya bukanlah jenis lelaki yang hidup dengan penuh rasa kecintaan kepada seorang perempuan. Dalam erti kata yang lain, rasa cinta kepada seorang perempuan atau rasa cinta dari seorang perempuan bukanlah perkara yang besar dalam hidup saya. Perkara seperti ini tidak menjadi satu perkara yang yang mempesonakan bagi orang seperti saya. Walaubagaimanapun...

7 comments:

Anonymous said...

wow... sudah lama aku x berutus surat... teringat zaman muda2 dulu..

Anonymous said...

hahahaha pj..
that is "kekwa" ke? slps teratai, seroja, kemboja, filipina, ni musti bunga yg mencuri pandangan hg ni...hahahaa tak hbs2 hg dengan bunga2 ni...tangkap sorang pastu nikah, seumur hdp dia akan jadi bunga hati hg,,,,

Anonymous said...

Hi... hi... hi...
Itu hanya mainan perasaan... kalau perasaan itu 'kuat' pasti ada 'sesuatu' nanti...

Apa lagi sambunglah cerita ni...

Alif Azhar said...

palie,

seronok kan kalau dapat surat :-)

yantzy,

mai la apply tempat kja aku.tak silap aku dia nak pki lagi 30 org.kja mmg main dgn nyawa tapi gaji lebat maa..
kita buat cari pengalaman la.

bro,

'perasaan' tu la yg bahaya.surat tu mmg pjg.nnt gua 'jiwa-jiwa' gua up lagi.haha..

broken_nigina said...

pemuja bunga akan terus memuja bunga..bunga-bunga yang akan terus bertukar dan berganti..
memuja dalam mimpi..
memuja dalam angan..
dan angan mati bersama kekalahan..
hati yang rapuh yang tiada keberanian..
dan bunga akan berganti lagi..
akan bertukar lagi..
selamanya..
apa erti memuja..apa erti kecewa..
hanya cerita yang sementara..
pemuja bunga akan terus bermimpi dan memuja dalam alam khayalannya sendiri..
dan malangnya menjadi bunga yang dipuja..
sekadar pelengkap cerita..
megah hanya sewaktu didamba..
umpama satu penghinaan..menjadi sebahagian dari koleksi 'bunga-bunga' terkumpul yang letaknya cuma dalam nukilan khayal tak ke mana..
bernafaslah dalam realiti..
hidup ini bukan soal lelaki dan perempuan semata-mata..
kejilah perempuan dihadirkan hanya dalam definisi lelaki dan perempuan..sepertimana tercampaknya seorang 'kawan' bila cinta itu dibunuh hanya kerana dia bergelar perempuan..
keluar dari khayalan dan ilusi cinta..muliakan perempuan agar tidak sekadar menjadi bunga perhiasan yang seterusnya bertukar sampah,perlu dibuang andainya ia layu..
"seharum bunga yang menggoda, sekadar dipandang usah dipuja"
semoga berjaya menghidupkan cinta dalam dunia nyata..
cuma,sayang,atas nama cinta,perhubungan berlandaskan keihklasan menjadi racun hingga ia tergadai tanpa harga..
menjadikan sesuatu yang sungguh celaka cinta itu!
semoga berjaya memuliakan cinta jauh dari kasih-sayang hanya pada diri,hingga cinta itu menjadi pembunuh yang menyedut dan menghitamkan ketulusan persahabatan yang asalnya suci..
....kenalkah kau cinta,hanya dengan memuja dalam khayalan,dalam lamunan tak berkesudahan?
dewasakan diri..
bunga-bunga akan terus bertukar dan berganti..
dan pemuja bunga akan terus memuja..
hanya kisah yang berulang dan berulang..

Alif Azhar said...

TQ..
perempuan ni ibarat bunga.
sama ada gugur layu disebabkan kumbang-sedut semua madu sampai bunga kering kontang.
atau
manusia di jalanan-petik dan belai dan genggam dan ramas akhirnya dilemparkan.

ada bunga-bunga di taman bunga.Ada banyak bunga di sana..
banyak..
terlalu banyak..

broken_nigina said...

ya..bunga ada banyak..
bukan yang pertama dan bukan yang terakhir..
teruskan memuja..
selamat memuja..
sejahtera ke akhirnya..
seperti yang dipatri..
kalau ada cebisan tinggalan kenangan,takkan adil untuk realiti yang menanti di hadapan..
wujudnya hanya untuk mati..
tak ada beza..
antara khayalan dan angan-angan bunga impian dengan suatu kenyataan dipupuk dari suara hati ikhlas dalam perkongsian peribadi..
tak ada bezanya..
membuang masa daripada kehidupan yang lebih penting untuk segala-galanya yang jauh lebih penting..
selamat berbahagia saja..
salam yang abadi..
kecualikan yang satu itu daripada seleksi koleksi bunga-bunga pemuda jalanan..
tapi,yang sama hanyalah sama..
itu saja..
"aku dan sesuatu"
sesuatu itu tak lain tak bukan hanya dia dan dirinya sendiri..