Friday, November 09, 2007

PERSONAL JOUNAL [15]


Aku dah 2 minggu kerja di sini. Enjoy juga kerja kat sini. Otak orang-orang dekat sini boleh tahan juga 'gila'. Aku teringatkan satu perbualan antara aku dengan seorang rakan sekerja ketika kami sedang enak bersarapan sebelum melakukan tugas. Begini perbualannya..



RAKAN SEKERJA : 'Bodoh! Sia-sia hang belajar bertahun-tahun. Kalau diploma tak pa la juga ini... Kerja dah la bahaya. Memang bahaya. Orang tua-tua yang buat kerja ni. Orang macam hang sepatutnya duduk di atas tu. Bodoh! Jangan terburu-buru sangat nak kerja. Baik hang fikir balik. Fikir panjang-panjang. Jangan kelam kabut nak kerja. Baik duduk rumah sambil-sambil tu cari kerja yang sepadan dengan kelulusan hang tu. Kerja ni bahaya. Jangan main-main. Kalau kerja macam ni apa guna belajar sampai masuk universiti. Setakat habis tingkatan 5 pun dah boleh kerja macam ni. Fikir panjang-panjang'.

AKU JAWAB : 'Kadang-kadang melalui ruang cermin yang tak seluas mana saya perhati apa yang ada di luar sana. Selaju mana pemandangan tu bergerak selaras dengan kelajuan kita bergerak selaju tu fikirian saya berulang-ulang fikirkan apa yang sedang saya buat dan di mana saya berada. Kemudian saya tersentak, saya sedar saya berada di antara kertas-kertas yang berharga, pump gun dan orang-orang yang berniat jahat.
Tak mahu terlalu memikirkan risiko yang sedang kita hadapi saya pandang lagi pemandangan di luar cermin itu semula. Saya melihat beberapa pemuda segak berpakaian lengkap bertali leher menjinjing helai-helaian kertas yang penuh dengan angka dan nota. Di antara mereka saya lihat ada seorang yang seiras benar dengan wajah saya. Tak lama selepas itu saya tersentak lagi, saya sedar saya masih berada di antara kertas-kertas yang berharga, pump gun dan orang-orang yang berniat jahat.
Fikiran saya kembali terbang meninggalkan masa kini untuk menjengah masa-masa silam saya. Ingatan saya tak dapat mengingati masa-masa lampau yang terlalu kebelakang. Saya hanya dapat mengingati bermula dari saya sudah pun pandai berjalan. Saya masih ingat ketika itu rumah kami masih belum sempurna. Tingkap-tingkap rumah pun masih belum bercermin. Ada suatu hari tu hujan turun dengan lebat sehingga menerbangkan zink-zink bumbung rumah saya. Hari tu kami tidur dalam kesejukan. Kami pernah menumpang rumah jiran kerana angin kuat menerbangkan hampir keseluruhan zink-zink yang tinggal. Saya juga masih ingat kami adik berradik ketika kecil terpaksa menebalkan muka menjenguk tingkap-tingkap rumah kawan-kawan semata-mata untuk menonton siri kartun kegemaran. Masa tu saya masih kecil.
Kami bukan orang susah. Ayah saya sendiri mampu memiliki sebuah kereta dan morosikal. Kami adik beradik mampu memiliki kenderaan sendiri. Abang saya yang bersekolah tak setinggi mana pun mampu memiliki wira dan ex5. Kami cukup pakai dan makan. Kami cuma orang-orang biasa sahaja. Tapi saya masih ingat ketika awal belasan tahun bila cuti sekolah saya ambil upah mengopek kulit udang dan saya pernah mengikis tahi itik dari sebiji-sebiji telur dengan upah rm5 sehari. Waktu saya bergelar mahasiswa pun saya tak segan silu berkerja di kilang bila berkesempatan. Waktu tu saya diperli kerana selalu 'ot' sehingga ke malam. Indon pun tahu berehat kata mereka.
Saya sedar saya tak punya apa-apa. Saya bukan dari keluarga berada yang boleh membuatkan anak-anak gadis rapat dengan saya. Saya juga tak mempunyai rupa paras yang menawan. Tingkah laku saya juga tak berapa 'manis'. Saya sedar saya tak punya apa-apa. Kerana itulah saya tak berhenti belajar bermula dari usia saya 6 tahun sehinggalah berjaya menggengam segulung ijazah bagi menampung apa yang saya tak ada.
Saya dikatakan bodoh hanya kerana melakukan kerja seperti ini. Tahu tidak...kadang-kadang bila kita bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat bagi melaksanakan tugas kita, saya menyandar sambil memandang di luar sana, fikiran saya melayang-layang memikirkan tentang pelbagai perkara. Hati saya memberontak dengan apa yang saya buat sekarang bila memikirkan tentang status saya seperti yang abang katakan sebelum ni. Saya sendiri tak menyangka saya akan terlibat dengan kerja seperti ini. Tapi rezeki kan di mana-mana..Ajalkan sudah ditentukan oleh Tuhan. Kalau ditajdirkan..
Setiap hari saya berdoa supaya tidak berlaku perkara yang buruk-buruk ke atas diri kita. Saya dikatakan bodoh kerana melakukan kerja ini. Abang tak memahami apa yang sedang kami rasakan. Abang tak memahami persimpangan yang sedang kami hadapi. Tidak perlu risau tentang diri saya. Saya bukan anak manja yang selalu didodoi dengan kesenangan sehingga lembut tulang temulang. Saya ok. Saya tak bersedih dengan takdir saya ketika ini. Cuma saya harap abang doa-doakan keselamtan saya. Saya juga akan doa-doakan keselamatan semua rakan sekerja kita. Moga kita dijauhkan dari bisa peluru mahupun jeriji besi.



Tapi jawapan tu aku hanya simpan dalam hati. Aku angguk je dengar apa yang dia kata. Lantak la.Yang aku tahu aku tak sabar-sabar nak tunggu gaji pertama aku, nak beli handset baru uuuuuuuuuuu.............

5 comments:

Anonymous said...

pj...
aku dah agak yg jawapan tu hanya monolog dalaman hg je...tak mudah hg nak berikan jawapan yg panjang lebar pada orang yg hg belum kenal betul2. kalau kat depan aku mungkin la hg dapat bg syarahan hebat & panjang lebar, tapi, tu semua manusia lain bagi diri hg..gua kenal lu la pj...bukan mudah nak berada di atas beb...apa salahnya kita bermula dari bawah moga2 bila kita berada di atas nanti kita tak lupa diri sebab kita pun pernah merasai nikmatnya berada dibawah..hehehe..
kawan2 aku pun pernah cakap kat aku macam tu...depa cakap "baik hg galas ijazah hg tu pastu masuk kebun toreh getah"...kdg2 nak tergelak jugak tapi yg paling best aku tak mintak duit depa dan aku syukur aku punyai pendapatan sendiri, hasil titk peluh aku sendiri...tu lebih puas kan pj????

Alif Azhar said...

patutlah hang xmau mai..
getah tengah mahal skrg ni :-)
inspektor ada buka smlm.
tak reti-reti nak cuba..

Anonymous said...

pj..
aku memang nak pi pun tapi lepas interview kat jabatan kebajikan masyarakat la...awal bulan 12 ni confirm aku pi...aku dah dapat panggil temuduga hujung bulan ni...harap2 dapatla...leh kawin cepat2...ekekekekek

Alif Azhar said...

KAHWIN CEPAT?????
MAKSUD HANG...LAGI SATU!!!!

Anonymous said...

pj...
pala otak hg aehhh kawin lagi satu, sorang tu jela bini aku pun...
tak mampu denn...heheheheh...