Wednesday, September 12, 2007

KEGELAPAN HIDUP (12)

PLOT MASA

[1]
Plot masa: Menjelang 31 Ogos empat tahun dahulu
Seseorang: Sambut mana merdeka tahun ni?
Aku: Kampung sudah la. Stim kuat-kuat. Merdeka!

Plot masa: Beberapa hari sebelum kemerdekaan ke-50
Seseorang: Sambut mana merdeka tahun ni.'Pondok buruk'?
Aku:(hanya diam)

'Pondok buruk' adalah gelaran buat sebuah rumah tinggal yang menjadi tempat kami 'mengembara'. Sebuah pondok yang sangat selesa kerana mempunyai tikar dan dinding untuk kami besandar ketika 'mengembara' . Ketika bunga-bunga api bergemerlapan pada malam sambutan kemerdekaan ke-50 dari dalam bilik jelas pada pendengaran aku bunyi ia berletupan tanda kita sudah merdeka.

[2]
Plot masa: 3 tahun dahulu.
Seseorang: wei..kugiran malam ni. Lama tak joget.
Aku: Apa lagi. Tong-tong la. Kugiran kepala tak high tak layan la beb.

Plot masa: 2 minggu yang lalu.
Seseorang: wei..kugiran malam ni. Jom.
Aku: sori la geng. Dulu gua cas boleh la gua layan kugiran. Sekarang aku dah tak cas buat apa aku pi kugiran. Kepala tak boleh masuk. Aku bukan kaki joget. Dulu layan kepala aku mesti high. Duduk tengok orang, dengar muzik, kepala high. Sekarang gua pergi nak buat apa.

[3]
Plot masa: Setahun yang lalu.
Seseorang: Aku ada barang. Ko hisap tak?
Aku: Lu Tanya gua ka. Hello geng. Gua hisap benda ni masa lu berhingus lagi.

Plot masa: Tak sampai sebulan yang lalu.
Seseorang: Hang cas lagi tak?
Aku:Aku dah tak cas. Dekat 5 bulan jugak la.
Seseorang: Malam raya macam mana?
Aku: (tersenyum)

Malam raya? Hmm..susah juga nak jawab. Dah tentu ramai malam tu. Semua yang selama ni berada di perantauan sudah tentu akan balik ke kampung. Kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dah tentu ada banyak cerita yang nak dikongsi. Banyak cerita menarik. Susah juga kalau macam ni.

[4]
Plot masa: 8 eptember 2007,11.30 malam
Aku: Frust betul la. Aku bila frust mula la kepala sakit. Runsing. Mula la nak fikir...
Seseorang: (senyum faham)
Aku: Hello. Ada mana? Cas ada?

Tahu tak apa signifikannya 8 September 07 tu. Malam tu la malam yang menyaksikan 'kebaculan' pasukan Perak di tangan Kedah pada final Piala Malaysia. Kalau la ramai otak fesyen otak aku. Bayangkan berapa ramai orang 'frust' malam tu. Mudah-mudahan keberkatan Ramadhan menerangi kita.

11 comments:

Anonymous said...

Jangan macam tu beb!
Tak semestinya tewas pasukan lu, tewas juga lu ngan 'benda' tu...
Perakpun byk kali kecewakan pasukan negeri gua, sakit hati tak boleh nak cerita, tapi gua anggap itu sebagai permainan duniawi yang tak bermakna apa2 dlm hidup gua...

Apapun selamat menjalani ibadah puasa, moga Ramadan kali ini lebih bermakna...
:)

Alif Azhar said...

remeh..tapi berat.belum heroin ke apa ke.berat..berat sungguh nak tinggal.tunggu 'collapse' baru boleh tinggal gua rasa.
salam ramadhan kembali.

Anonymous said...

ellop bro... nice blog... aku suka cara pengolahan ayat2 ko...

Anonymous said...

hui..slmt bpuasa.xabis2 lagi ko ye.kesian lak aku tgk ko ni.eniwei moga ramadan ni membawa satu perubahan yg beso utk ko,n kite sume..

Anonymous said...

emm... bro... gua dah add link blog lu dlm blog gua.. nice to know u..

Alif Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Alif Azhar said...

langsir,

raya tahun ni rumah gua pakai langsir raya tahun lepas punya :-)
kesian?rasa hina gua dengar perkataan kesian untuk diri gua.
dah ke luar negara rupanya.Tahniah.gua dulu nak ke oversea juga tapi otak gua layak setakat dalam negara ja.gua tumpang gembira.

palie,

tq!

Anonymous said...

sori la kalo ko rase terhine.tapi kalo ko rase gitu bagus gak.xkan selamanye nk duk kat takuk lama.
aku xtau pe yg ko rase,ape yg ko wat dll so aku xleh nk komen lebih2 bro.ko baik,muda lg,so jgn bazirkan idup ni camni je.
n aku hepi kalo ko tul2 berubah.rase bangge sgt2,aku ade kawan yg betul2 kuat cam ko.

Alif Azhar said...

gua angin.
gua melayang melayang
Tq..
sblm lu bangga dgn gua..
gua dah bangga dgn pencapaian lu.

Anonymous said...

bro,maap lama dah raye lepas baru nk wish..
slmt ari raye (^_^)

Alif Azhar said...

untuk lu sama.
salam syawal.