Wednesday, August 22, 2007

PERSONAL JOURNAL (13)

PENGAJARAN BUAT GRADUAN

kring...kring..

Aku: Hello.Assalamualikum.
Pemanggil: Waalaikummussalam. Encik *z*a*?
Aku: Ye, saya.
Pemanggil: Saya dari A**** Consultancy Sdn Bhd. Kita nak panggil en *z*a* interview. Boleh en *z*a* datang ke pejabat kita di KL.
Aku: Boleh. Bila tu? Sebelum tu boleh saya tahu dari mana encik dapat no saya.
Pemanggil: Ada en *z*a* daftar dengan ELX? Kita periksa ada nama en *z*a* memohon melalui kekosongan yang kita iklankan.
Aku: oh ya..yaa. Ada
Pemanggil: Boleh en *z*a* datang untuk interview.

[Kata orang kita adalah orang yang bertuah bila kita dipanggil untuk ditemuduga di saat-saat kita bersaing dalam pasaran kerja yang penuh dengan kompetitif sekarang ni. Jadi tak salah rasanya kalau aku bergembira bukan..]
........................................................................
Penemuduga 1: Apa yang dapat kamu gambarkan mengenai interview kamu hari ini?
Aku: bla..bla..bla.. dan ini merupakan interview saya yang pertama. Satu pengalaman yang berharga bagi saya.
Penemuduga 1: Apa kereta impian kamu?
Aku: (hanya tersenyum)
Penemuduga 1:Tempat pelancongan di Malaysia yang mana kamu pernah pergi?
Aku: Dalam hidup saya tak pernah ada istilah melancong.
Penemuduga 1: Kamu anti sosial atau apa?
Aku: Bukan begitu. Cuma dalam hidup saya duit hanyalah untuk perkara yang lebih perlu.
Penemuduga 1: Kalau macam tu negara luar mana yang kamu nak pergi. Maksud saya dalam impian kamu.
Aku: (tiba-tiba dalam fikiran, aku terbayang-bayangkan perkara-perkara cinta)
Paris. Saya nak melihat Effil Tower.
(kenapa bukan Taj Mahal. Aku lebih sukakan Taj Mahal)
.............................................................................
Penemuduga 2: Apa pandangan awak. Awak rasa awak boleh buat atau bagaimana?
Aku: Ini satu perkara yang baru. Saya tak boleh nak..
Penemuduga 2: Sebelum ini di mana awak bekerja?
Aku: Saya baru sahaja menamatkan pengajian pada 3 Ogos yang lalu.
Penemuduga 2: Bagus. Saya dulu macam awak juga. Tamat belajar terus saya masuk dalam bidang ni.
..........................................................................
Penemuduga 1: Berapa ramai lulusan Universiti yang dijangka menamatkan pengajian tahun ini?
Aku: Saya tak pasti. Tapi kalau batch saya di UUM saya jangka sekitar 4 ribu.
Penemuduga 1: Kalau seluruh Negara? Berapa pula kekosongan jawatan kosong seluruh Negara untuk tahun ini?
Aku: Saya pernah terbaca dalam satu rencana. Katanya Negara pada tahun ini menyediakan kekosongan jawatan sebanyak 40 ribu merangkumi semua sektor dan peringkat jawatan.
Penemuduga 1: Bilangan yang ingin memasuki alam pekerjaan pula?
Aku: Persaingan (aku hanya menjawab dengan satu perkataan)
...........................................................................
Penemuduga 2: Awak nak joint syarikat kita atau tidak?
Aku: Saya dari bidang pengurusan awam. Bidang ini betul-betul lari dari apa yang saya belajar selama ini.
Penemuduga 2: Begini la.Awak joint dulu. Bila awak dah joint baru awak dapat tahu sama ada awak boleh atau tidak.

Setelah melalui semua tu maka jadilah aku seorang financial consultan di sebuah syarikat konsultan di ibu Negara. Aku selama ni pernah mendengar seorang perunding kewangan mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit. Malahan ada yang mencecah satu juta! Bila aku turut masuk dalam bidang ni aku jadi tak hairan kenapa mereka boleh mendapat pendapatan sampai macam tu. Komisyennya besar. Bukan makan sekali tapi berulang-ulang kali.
...................................................................
Manager: En *z*a*, macam mana dengan hari ni. Ada dapat client?

Keesokkan hari..

Manager: En *z*a*. macam mana hari ini. Ada client?

Keesokkan hari..

Manager: Ada dapat client hari ini en *z*a*?

Aku jadi berserabut. Jadinya aku hantar 1 pesanan.

Encik *a*ah, hari ini saya ada jumpa beberapa orang client. Dari pengalaman saya hari ini saya tak rasa saya sesuai dengan kerja ini. Saya rasa saya nak berhenti.

Moral dari kisah:-
Stress waktu kita belajar
Stress lagi waktu bekerja
Ternyata aku bukan pekerja yang baik.
Pengalaman .......

4 comments:

Anonymous said...

Biasalah tu bro...
bila sesuatu perkara tak kena dengan jiwa, kita akan memberontak dalam diam...

Anonymous said...

pj...
at least bertahan la dulu 2,3bulan pastu kalau tak than jugak baru la chow...
rugila hg blah awal sangat...

Muzamir Hj Ismail said...

aku tau kerja hang tuh. susah nak carik orang simpan duit beli insuran tak pun melabur dalam syarikat hang tuh... rentikanlah baik buat kerja apa yg hang rasa bulih buat.. takleh buat toksah dok paksa.. membazir je.. hehehe
cari kerja lain.. tak rugi kita merendah diri, aku dulu lepas grad kerja cleaner toilet kat klcc gaji 750.oo pun boleh hidup cari pengalaman..
apa apa pun i wish you the best of luck bro .. salam kemerdekaan buat lu...

Alif Azhar said...

sgns,
bro..gua 'memberontak' bila baca entry RAJA FUNFAIR KEMBALI.

Yantzy,
aku baru resign..
lagu permintaan hang tu..nanti2lah bila aku free.nak convert tu yg malas sikit.

pemudaumnotaiping,
jenis kerja kena banyak pakai 'buih'.letih nak bercakap.
salam kemerdekaan buat lu juga bro.