Tuesday, August 07, 2007

SURAT

Ku.. biarkan rambut mu.. gugur jatuh dan terdamba.. atas nada cinta luka.. ratapan mimpi yang terhimpit.. di bawah angin menyepi..
Ku.. asyik merindumu.. terangkap di awan berpusar..malam yang kian terbakar..

3 Ogos 2007 jam 5 petang gua terima sepucuk surat dari seorang ‘kawan’ lama. Kehadiran surat tersebut benar-benar membuatkan gua gelisah. Gua takut pada isi kandungannya. Entah apa yang tertulis. Kalau diikutkan hati mahu saja gua campak surat tersebut bersama-sama longgokkan surat khabar yang hanya menunggu masa untuk dibuang - dijual kalau ada pembeli. Tapi kalau ada perkara penting, bagaimana?

Gua ternyata telah mengambil langkah yang sama sekali salah. Surat tersebut tidak seharusnya dibaca. Selesai membaca sehingga ke rangkap yang terakhir gua terbawa-bawa dengan emosi yang dibawa oleh keseluruhan isi kandungan surat dari kawan lama tersebut. Terbayang-bayang dalam fikiran gua yang surat tersebut ditulis dengan satu perasaan yang penuh dengan kecelaruan. Gua percaya penulisnya yang juga seorang kawan di ketika ini adalah seorang manusia yang terperangkap dalam seribu perasaan. Dia gelisah. Dia takut. Dia racau. Dia rindu. Dia terkenang. Dia marah. Dia buntu.

Gua tak tahu apa reaksi lu orang bila berhadapan dengan situasi seperti ini tapi selepas gua mengambil keputusan membaca surat tersebut gua jadi lemah. Gua terasa kedua-dua bahu sendiri sudah tak terangkat. Jadi bisu. Gua ‘mengurungkan’ diri di dalam bilik dan hanya diam seribu bahasa. Gua tak sepatutnya membaca surat tersebut. Tak sepatutnya.

Gua jadi takut dengan situasi yang dialami oleh penulis. Gua jadi keliru dengan ungkapan-ungkapan tertentu.

“Takut rindulah aku diam begini. Aku jarakkan diri walau aku tahu aku tak punya masa yang panjang”.

Gua keliru dengan kenyataan di atas. Rindukan apakah yang dimaksudkan? Gua juga pernah merindu tetapi rindukan apa yang membuatkan dia lebih rindu daripada gua. Perempuan? Tak mungkin.

“Seminggu seperti sebulan. Seminggu seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Seminggu seperti sesaat. Seminggu seperti seumur hidup”

Jelas pada pemikiran gua, dia sememangnya dalam keadaan bercelaru.
Terus terang gua katakan, surat tersebut sememangnya membawa kesan yang besar ke atas diri gua. Gaya bahasa yang digunakan, ungkapan yang dibina dan isi kandungan yang penuh dengan ratap, benar-benar berkesan mempengaruhi emosi gua. Kalau tidak tak gua terdampar di atas katil sehinggakan mahu menggerakkan sedikit bahu sudah tak terdaya.

Gua akan jenguk kawan tersebut bila gua berkesempatan.
Harapnya surat ditulis adalah atas dasar kesenian bukan pengalaman sebenar.
Kalau ia benar-benar di alami gua yakin ia akan menjadi suatu mimpi ngeri.
Gua tak sepatutnya baca surat tersebut.

5 comments:

Muzamir Hj Ismail said...

ko kim salam je orang yg yg tules surat tuh.. cakap meme kim salam... hhehehehe

Anonymous said...

Entah kenapa gua suka baca 'bicara' lu pj...
tentunya lu seorang yang suka membaca, 'Favorite Books' lu tu kebanyakkannya gua dah baca, penulis2 hebat tu... sekarang ni gua tak banyak membaca coz masa, rasa kehilangan/ketinggalan betul...


Nota:
Gila betul lu letak background 'pakalolo' kat site lu...
hi... hi... hi...

Anonymous said...

Pj, apasal [TEKS LUPUT] pada artikel lama2 tu, ada yang tak sempat gua baca...?

Alif Azhar said...

gua mmg suka baca buku paten2 mcm tu.mmg xkena dgn sifat gua sebagai 'org kasar' tp mmg gua suka baca novel2 sasterawan negara.
bro pun baca buku2 mcm tu jadi gua rasa bro faham knp kita akan rasa puas klu kita baca buku2 mcm tu.
..........
haha..pic tu sj gua tebar.itu klu tak silap gua adalah 'juadah' t'akhir gua.gua hadap sorg2.mn la tahu itu mgkn betul2 'juadah' t'akhir gua.at least ada juga pic sbg tatapan.
..........
1 mlm tu gua rasa nak delete semua post gua.itu yg gua delete posting2 tertentu.feel manusia bkn boleh jangka.skjp rasa mcm ni skjp mcm tu.
.........
website lu bro antara website yg gua akan terjah tp malang sbb gua skdr stkt blh lalu dan beredar.sekali sekala nak juga gua meyampuk.tp kita lain laman lain rumah.bro ada jalan?

Anonymous said...

Nanti gua cari jalan supaya kita boleh berinteraksi...
atau email je gua...
siamanggagapns@yahoo.com.my