
Bola Sepak!!
Aku pernah mendengar kisah klasik 2 negara berperang kerana bola sepak. Negara yang mana aku sudah lupa tapi aku percaya ia kisah benar. Aku juga pernah mendengar manusia tak kira apa bangsa dan warna kulit bersatu kerana bola sepak. Aku kagum dengan kisah jutaan manusia dari sebuah negara menitiskan air mata ekoran kekalahan negara mereka dalam satu pertandingan bola sepak. Aku cukup takut dengan kisah sekumpulan anak-anak kecil mengabaikan pelajaran mereka hanya kerana sibuk berlatih bola sepak. Aku teruja mendengar kisah bagaimana kisah seorang pemain bola sepak boleh mengumpul harta bernilai jutaan dalam nilai dolar. Yang paling aku ‘hairan’ adalah adanya sebuah negara setelah mencapai kemerdekaan antara perkara awal yang dilakukan adalah menganjurkan satu pertandingan bola sepak yang diberi nama Pestabola Merdeka.
Mana yang lebih mengagumkan. Cinta atau bola sepak?
Jadi, boleh anda bayangkan bagaimana ‘remuk dan hancurnya’ hati kami peminat bola sepak dengan apa yang sedang berlaku ketika ini?
18 Julai 2007, Malaysia VS Iran..kalah la lagi. Biar kami mati terus.
No comments:
Post a Comment