Friday, July 27, 2007

KEGELAPAN HIDUP 11

'RINDU'

Misteri itu Nusantara, kata TV3.
Misteri itu menyeramkan, kata anak perempuan kita.
Misteri itu misteri la. Itu kata budak-budak sekolah rendah.
Misteri. Apa benda misteri tu? Ini mungkin jawab budak umur 5 tahun ke bawah.
Soalan dijawab soalan.
Apa pun maksud misteri, “ayam tambatan disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang”. Itu kata Karam Singh Walia. Apa kaitannya dengan misteri? Lagi mau tanya. Mana ada kaitan!

Aku tak suka orang cakap banyak. Ada benda nak disampaikan? Kalau macam tu ambil kertas, tulis dan bagi aku. Lu cakap panjang-panjang pun bukan orang lain boleh ingat. Tak fikir ke bunyi kereta lalu lalang. Bunyi kipas berputar lagi. Tak ganggu ke? Orang boleh dengar ke bila lu bercakap. Habis tu lu nak cakap panjang-panjang nak buat apa. Lu tulis la senang. Aku lagi suka baca daripada dengar lu cakap panjang-panjang. Boleh simpan kalau rasa-rasa nak simpan. lu nak tulis atau lu nak cakap?

Kemahiran interpersonal? haha.. sori la, aku kalau sentuh bab individu aku lebih berminat kemahiran intrapersonal. Apa benda interpersonal? Intrapersonal plak? Lu baca buku lu tahu la. Aku bukan buku.

Lu suruh aku cakap panjang-panjang depan lu sorang, buang masa la. Kata-kata aku bukan untuk lu sorang tapi untuk semua orang. Aku lebih suka berorientasikan kumpulan. Nak cakap biar cakap depan semua orang. Apa? Lu panggil aku berucap kat depan tu? Boleh, tak jadi hal.Takut lu kot yang nangis.

Petang hujan. Senja panas. Malam berembun. Subuh kering. Pagi banjir. Tak boleh nak jangka. Macam tu juga dengan manusia. Sekejap dia OK. Tak sempat berbual lebih kurang dia KO. Kegelapan-hidup.blogspot.com pada mulanya aku nak jadikan tempat aku melepas ‘rindu’. Rindu aku pada seorang ‘kawan’ lama. Dia bukan manusia yang aku boleh ucap aku rindukan dia. Sebab tu aku lahirkan kegelapan-hidup sebagai tanda aku rindukan dia.
Aku perindu ganja. Terus terang aku cakap aku rindu. Kalau Jamal Abdillah dengan ‘cinta’ dia sampai sanggup bersadai berjam-jam di pagar rumah semata-mata nak tunggu ‘kekasih’ tiba, aku plak rindu. Aku belum sampai tahap cinta, Padanlah ‘kekasih’ aku hanyalah ganja. Tak sehebat kekasih Jamal. Tapi rindu beb..Gua cakap rindu.
Sebab tu aku cari jalan bagaimana aku nak lepaskan rindu yang semakin membusung. Busung yang semakin membusuk. Busuk yang membawa najis. Membawa virus. Bawa penyakit. Undang kematian.
Rindu perlu diungkap. Jadinya aku nak ungkap hari-hari. Ungkap sampai kita naik benci. Muak. Aku dah tak mahu rindu. Dulu senang, kalau rindu kita cari. Kita lepak-lepak. Kita hisap. Kita sedut. Sampai pengsan. Sampai lentok. Sampai khayal. Tapi sekarang bukan macam dulu. Zaman dan berubah. Polis dah semakin rajin. Masyarakat dah semakin sedar. Mereka dah mula membenci. Kita dah semakin besar. Kita dah kena tinggalkan kawan lama. Kawan sekalipun kalau dah tiba masa kita perlu tinggal. Tapi dia tetap kawan. Kalau kita tinggal kita akan jadi rindu. Rindu beb..
Rindu ini aku pandang lebih hebat daripada aku rindukan seorang perempuan. Rindu gua cakap lu. Kali terakhir aku ‘berjumpa’ dengan kawan aku yang seorang ini pada pertengahan April yang lalu. Sudah hampir 3 bulan. Rindu apa lagi yang lebih hebat daripada ini. Rindulah yang membawa kepada lahirnya blog yang aku panggil kegelapan-hidup.
Cuma masalahnya ia semakin menjadi komersial. Ia sekain ‘popular’. Semakin diketahui khalayak. Kadang-kadang kita nak orang tahu kehadiran kita. Kita nak orang baca apa yang kita tulis. Kadang-kadang kita tak mahu. Mulanya aku pun tak mahu. Bila ada pembaca aku jadi suka. Kemudiannya aku jadi tak suka. Tiba-tiba suka balik. Datang angin apa tiba-tiba kembali tak suka. Jadi kalau suatu hari aku ‘tutup’ blog aku lu orang faham-faham la. Kalau aku ‘buka’ lu orang pun faham-faham la.

1 hari bersamaan 1000 tahun di ‘sana’. 1 hari yang bagaimana kita nak hadapi. Sehari di sini pun dah rasa terlalu panjang. Semuanya kerana rindu.

8 comments:

Anonymous said...

pj...
hai, bersua kembali...
aku baca entry lu pasal "rindu" ni aku teringat la pulak kat janji lu kat aku yang lu dah nak stop bab kes "rindu" ni...mana lu punya janji????
takkan lu tak sedar yg lu tu dah la tak brpa sihat pun, asyik semput ja memanjang, cold sepanjang zaman..
tu pun tak reti2 nak sedar ka?
lu dah dapat interview ka? entry yg lu tulis pasai bercakap banyak tu macam ada kaitan ngan interview ja?
story la sket beb!!!

Muzamir Hj Ismail said...

:) nice keep on blogging bro..

Alif Azhar said...

yantzy,

semput?
hai..sedap bahasa hang ;-)

pemudaumnotaiping,

rindu beb.. ;-)

Anonymous said...

hai pj...
takkan tak betoi kot??/
hg kan mmg cepat semput, tu pun dak dok sedut jugak menatang tu...
hmmm pejam celik dah nak habih pun praktikal kita...
lps ni pakat2 bawak diri la noo...
aku pun dah lama tak update blog aku, xdak masa beb...dok ushar blog org adalaa...

Alif Azhar said...

hampir terlupa aku, kita jumaat ni last day.minta2 khamis terlupa esok hari dia.aku tak mau hari jumaat datang :-(

Anonymous said...

pj...
pala toya betoi la hg niii. ari tu cakap bosan gila dok praktikal, skg ni dah nak habis hg plk terhegeh2 tak mau ari jumaat...ceh!!!
aku tak sabaq dah nak tunggu habis semua, nak htq report pastu nak cari kejaa...leh kawin cepat2//hehehe....mgu depan aku balik kampus la, malas la nak balik awal sangat...

Alif Azhar said...

hmm..
sebut pasal kerja actually next week aku ada interview kat KL.
'keberkatan' hang kan selalu bersama aku.
doa2kan aku berjaya ;-)

Anonymous said...

pj...
"keberkatan" nooo hg cakap...heheh umpama nada perli atau memperlekehkan aku ja...kojaq!!