Thursday, May 10, 2007

KENANG-KENANGAN (3)

lagu Kenangan

Aku memang follower rock kapak dan playlist wajib aku pun adalah 300 lagu rock kapak rare yang aku ambil dari pelbagai sumber. Tapi aku akui lagu-lagu rock kapak bukanlah zaman aku. Maknanya walaupun aku minat rock kapak tapi dia tak bawa memori kepada aku. Mana tidaknya, aku lahir ke dunia ni Januari 1984, Search release first album (Cinta Buatan Malaysia) tahun 1985. Wings dengan first album Belenggu Irama (1987), May dengan full albumnya yang pertama pada tahun 1987 (Dilema). Crossfire album pertama (Fatamorgana) pada tahun 1988. Lefthanded first album (Keadilan) tahun 1986 atau 87 dan XPDC dengan Darjah Satu nya pada penghujung 1990. Album terakhir Gersang (B29) pun dah masuk tahun 1989. Masa tu aku masih terlalu kecil. Mana la aku sempat nak feel lebih-lebih lagu-lagu ni.

Gagasan-gagasan rock macam Juara-Juara Rock, Battle of The Band, Rock Galactica, Pesta Hiburan Kingsway, War Rock, Batu-batu Perjuangan n Clash of The Band pun wujud masa aku masih kecil malah ada yang dah wujud masa aku belum lahir contohnya macam Juara-juara Rock yang pertama pada tahun 1983 yang dimenangi oleh kumpulan D'Febian atau The Lefthanded aku tak sure.

Haha..yang aku pasti masa aku di sekolah rendah lagu-lagu yang aku hafal n aku dapat nyanyi dan selalu aku nyanyi seperti lagu-lagu berikut:-

1.Di Persimpangan Dilema (Nora)

Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina
Hampir terlerai
Apa salahku
Kau buatku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita
Tidak pernah kuduga
Ini semua terjadi
.
Sedikit info, Nora merupakan juara Bintang HMI 1991 atau 1992, aku tak pasti. Muncul dengan album pertama (Sandiwara) aku tak pasti tahunnya. Mungkin lagu Di Persimpangan Dilema ni ada dimuatkan dalam album ni. Yang aku yakin lagu ni memang aku selalu melalak masa aku time sekolah rendah dulu. Mungkin masa tu aku darjah 3 atau darjah 4 atau darjah 5 aku dah tak ingat. Tapi memang aku minat gila dengan lagu ni siap aku boleh hafal lirik dia.
.
2.Teringin (Shima)
Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku
Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Di ranjang kian sepi
Ku sendiri
.
Sedikit info Shima merupakan bekas vokalis Kumpulan The Boys setelah menggantikan tempat Ella. Setelah keluar dari kumpulan tersebut, muncul dengan album solo yang pertama pada tahun 1990, hits dengan lagu Di Sebalik Sejuta Wajah. Pada tahun 1991, memenangi kategori Persembahan Terbaik dalam juara lagu 1991 menerusi lagu Setelah Aku Kau Miliki.
Lagu Teringin memang aku minat betul masa aku kecil-kecil dulu. Lagu ni popular pada tahun 1993 dan album yang memuatkan lagu ni pun aku difahamkan terjual sebanyak 100 000 unit. Aku memang minat dengan lagu ni. Walaupun masa tu aku baru darjah 3 tapi aku boleh hafal lagu ni. Lagi satu, penyanyi wanita yang aku paling suka inilah, Shima ;-)
.
3.CT Cinta Kenangan Silam (XPDC)
.
C- Cinta ku yang satu
I- Impian kan nyata
N- Nikmat yang berbeda
T- Tanpa pengertian
A- Antara kau aku
.
Info- CT Cinta Kenangan Silam dimuatkan dalam album full ke-2 XPDC (Timur Barat) yang diterbitkan pada tahun 1992. Lagu ciptaan Joe Stone Kevin @ J.S.Kevin @ Zul Adnan bin Mohd Razali Said (Arwah).
Kalau tanya aku lagu apa yang paling melekat dalam diri aku inilah lagunya. Lagu ni la yang buatkan aku become kipas susah mati XPDC dan secara langsung membuatkan aku minat rock. Lagu ni masa aku masih budak-budak n masih di sekolah rendah selalu aku dengar, tak kira la di mana pun. Lagu ni memang selalu berkemundang tak kira tempat. Yang paling aku ingat bila time aku pergi pasar malam, selalu aku dengar lagu ni. Apek jual cetak rompak tengah promote la kot album ni haha..
Lirik dia bagi aku unik. Memang unik.
.
4.Bayangan Gurauan (Mega)
.
Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi
.
Info - Mega muncul dengan first album yang turut menggunakan title Mega pada tahun 1990. Vokalis ketika itu adalah Zarith dan popular dengan lagu Sekuntum bunga Sakura Di Gurun Sahara. Ketika album ke-2 iaitu Ilustrasi pada tahun 1991 baru menggunakan Rahmad sebagai vokalis. Muncul sebagai Juara pada pertandingan Juara lagu 1991 dengan lagu Takdir dan Waktu.

Aku tak pasti lagu Bayangan Gurauan ni dimuatkan dalam album yang mana satu. Mungkin album kedua atau album ke-3, Rentak Kaki Lima (1993). Lagu ni memang masa tengah top aku memang minat gila. Even masa tu aku masih kecil aku masih boleh ingat lagu ni.
.
5.Aku Cinta Pada Mu (Siti Nurhaliza)
.
Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andaiku curah rasa hati
Mungkin kini...
ku kan tenang di sampingmu
Belum puasku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai mu
Walau bisikanmu
azimat berduri
.
Info-Album pertama Siti Nurhaliza direleasedkan pada April 1996 yang memuatkan lagu hit, Jerat Percintaan. Album ke-2 diterbitkan tahun 1997 yang turut memuatkan lagu Aku Cinta Padamu yang kemudiannya album ini turut dipasarkan di pasaran Indonesia dengan title Betapa Aku Cinta Padamu.

Aku memang minat Siti Nurhaliza.Tak malu aku cakap aku memang minat tapi bukan Siti yang sekarang la. Aku hanya minat Siti jerat Percintaan hingga Siti Purnama Merindu. Lepas-lepas tu aku dah tak minat. Dah nak jadi Indon perempuan ni.

Pertama kali aku 'kenal' Siti ketika final HMI 1995 atau 1996. Final tu aku siap tengok live dalam tv. Rasanya final HMI 1996 kot. Aku tengok dia masa tu dengan rambut kembang, bibir tebal, mekap pun macam stail orang kampung tapi aku perasan dia memang ada aura. Sekarang memang dah terbukti dia ada aura. Time lagu Aku Cinta Padamu release memang aku pun antara ribuan manusia yang gila dengan lagu ni n sehingga sekarang aku still gila dengan lagu ni haha..

Lagu-lagu selepas era rock kapak bagi aku hanya ada 2 lagu yang akan jadi evergreen antaranya lagu ni dan lagu Alhamdullilah (Too Phat feat Yasin feat Dian).

Sebenarnya ada banyak lagi lagu yang aku minat masa kecil-kecil dulu macam lagu Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latif), Purnama Merindu (CT), Janji Manismu (Aishah), Awas (KRU), Untukmu Ibu (Exist) dan lain-lain. Tapi lagu-lagu yang aku sebutkan sebelum ni la yang paling aku minat masa aku budak-budak dulu.

3 comments:

Anonymous said...

Har... haar... haaaar...
satu pengakuan yang berani!
terutama yang melibatkan female artis!
hi... hi... hi...

Anonymous said...

hahahaha,........
terutamanya yg babitkan siti nurhaliza tu...
tak tahan jugak aku dengaq...agaknya kalau siti tu dah tak macam indon lagi musti hg dah obses ngan dia kan pj?...
hahahahahaha

cLina BeLedZa said...

Mula2 dulu, aku suka ct. Lama2 tak minat sbb terlalu banyak asik citer dia je. Bosan. Skang suka balik. Ala bukan minat sgt, suka biasa2 je. Bukan macam sesetengah org yg suke sgt kutuk dia esp. sejak dia nikah ngan datuk k. Ct mmg wajar diminat. Dr awal kemunculan dia..rentetan perjalanan seni dia..bleh tgk..tak byk citer murahan. Tau bwk diri. Sopan tu of course lah, lantak la org nak kate dia kampungan ke. Sore? Toksah cakap la. Vokal mmg mantap. Dan skang dia stil maintain, tetap unggul. Cayalah ct, walapun aku bukan die hard fan dia. Tapi aku respek dia. Syabas ct! Ehhh...hihih..over la pulok..! huhu..