Saturday, May 05, 2007

BUNGA-BUNGA CINTA (4)

Anggerik

Detik demi detik. Masa demi masa. Aku semakin dewasa. Bersama Mawar aku tidak nampak adanya bunga lain. Begitu juga ketika aku bersama Seroja, aku juga buta. Buta pada bunga-bunga yang sedang mekar di sekeliling aku. Pelik. Bila pergi Mawar aku mula lihat Seroja mekar perlahan-lahan di hadapan aku. Pergi Seroja ada pula bunga-bunga lain yang mekar sungguh-sungguh di hadapan aku. Pelik. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Bila hilang cinta aku kembali celik. Satu kesembuhan yang tidak baik. Kalau ini benar apalah ertinya tanah lapang lagi gersang. Tiada guna. Bila lapang ada saja bunga-bunga yang ingin singgah.

Dalam ramaian bunga yang mekar sungguh-sungguh di hadapan aku, ada sekuntum bunga yang berjaya memikat. Dia tidak cantik kalau mahu dibandingkan dengan bunga-bunga yang lain. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Mawar atau Seroja. Jauh sekali. Tapi ada sesuatu yang membuat aku tertarik padanya. Bila aku bersamanya hatiku melompat-lompat keriangan. Seperti ada musim salji dalam hati ku. Sejuk seluruhnya kala aku memandang dirinya.

Cuba juga aku merisik-risik tentang bunga yang sekuntum ini. Asalnya dari taman sebelah timur. Anggerik namanya. Peduli apa dengan kata-kata, aku jenis yang mudah jatuh cinta.Pedulikan semua itu. Aku tahu aku mencintainya seperti mana aku pernah mencintai Mawar dan Seroja.

Kala aku bersungguh-sungguh mengiyakan perasaan aku terhadap Anggerik, ketika itu juga ada satu perasaan lain dalam diri ku. Aku mula berfikiran, bunga pada peringkat awalnya harus dibelai dan dijaga dengan penuh perhatian. Bila sudah mekar giliran ia pula memberi sesuatu pada persekitarannya. Anggerik kini sudah mekar semekar-mekarnya. Dan mekarnya kerana aku. Oleh kerana itu tanpa sedar aku seolah-olah menidakkan kehadiran Anggerik.

Mengambil pengajaran dari apa yang ku alami bersama Mawar dan Seroja, aku menyembunyikan dan menidakkan perasaan aku terhadap Anggerik. Biarkan Anggerik bersendirian bersama mekarnya perasaan antara aku dan dia. Keadaan menjadi sukar apabila satu perkara yang memerlukan penglibatan dua pihak terpaksa dilakukan oleh satu pihak. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh Anggerik. Aku pernah merasai seperti apa yang sedang ia rasai. Bukan niat untuk bertindak kejam. Kejam pada perasaan yang suci. Ini bukan kehendak aku. Aku hanya menurut kata hati yang sekian lama mendiamkan diri. Dek kerana panasnya bahang cinta yang terungkap, Anggerik perlahan-lahan layu menyembah bumi. Akhirnya, aku kembali meratapi sejambak kehilangan.


Bersambung....

13 comments:

Anonymous said...

pj....
dah muncul anggerik ye?
dari taman di timur ye?
who's anggerik?
give me a clue la bro... aku ni kan suka nyibuk pasal bunga2 hg 2...hehehe.. nanti citer kat aku ye...

Alif Azhar said...

haha..lu jgn percaya sgt dgn 'bunga-bunga cinta' ni yob.aku karang ikut sedap hati aku ja.mmg mereka benar2 wujud.aku karang ikut kepala aku bg sdp cerita ja bro.yg pasti bukan 100% btl.dah tentu ada unsur2 penambahan.
haha..
not now..ini cerita tahun-tahun yg lalu.

Anonymous said...

lama x dengar cite hang lec...........

Alif Azhar said...

anonymous,
nak dgr apa klu sembunyi di sebalik title anonymous ;-)
an** ke ni?aku teka ja.

Anonymous said...

pj.......
citer 2 walau bertahun-tahun pun kalau ianya ada sweet moment kita takkan dapat lupakan ia..
adakala citer yg lama tu la yg akan bg pengajaran kat kita kan?
mana la tau kot2 lep[as ni ada lagi bunga yg akan muncul dalam hidup hg 2 :-}
aku ni rasa terpanggil utk menyibuk nak tau jgk pasai bunga anggerik hg 2...hg nak jawab dalam blog ke hg nak bgtau kat aku dalam bilik? hehehe

Alif Azhar said...

no komen..
haha..

Anonymous said...

pemuda jalanan,
kadang2 aku tak faham dengan apa yang kamu ceritakan. tapi, pernah dengar ini tak..

"Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu melekat di mata kail..Hendaklah kamu terus mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu..Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..Setelah dia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga hatinya..Jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama mu dan mungkin Tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu... "

Aku sangat mengerti perasaan si Anggerik itu. kerana.. kerana aku juga sepertinya. aku kecewa sehingga aku kurang percaya kepada mana2 orang pun.

Alif Azhar said...

Anggerik tak mempunyai sebarang kenangan bersama aku.

Anonymous said...

pj..........
aku sokong pandangan pembaca tu...
yg aku herannya knp hg nafikan yg hg takde kenangan ngan anggerik?
takkan tu citer rekaan hg je?
atau hg hanya nak menutup citer tu?

Alif Azhar said...

apa itu kenangan?
no komen..haha.

"YanTzY" said...

pj...
apa itu kenangan? hahaha lawak la hg ni...
kalau la betul pun anggerik tu hanya rekaan, mana sambungannya? keep on going la dude!!!
kalau nak bercakap pasai kenangan dan hg pulak bertanya apa itu kenangan, aku pun nak tanya hg jugak, soul yg meragut pointer hg tu bukan ke berdasarkan dari kenangan hg jugak (bdasarkan entry terbaru)? hehe
sekarang ni baru aku faham maksud hg tentang soul tu, mulanya aku ingatkan soul hg tu disebabkan oleh kejadian aneh yg datang pada musim final exam kita dulu...
rilek la dude, pointer pun bukannya menjamin apa2 jgk, yg penting 2 knowledge kita, bukannya pointer kita...
betoi dak roomate?????ekekekeke

Alif Azhar said...

Banyak sungguh soalan.Beria-ria hang nak tahu ttg kisah aku.OK.Aku bagi penerangan terakhir.Pernah kan aku cakap, mereka mmg wujud.Yang lbh2 tu xpyh la hang tau.haha..
Bila hang nak kenalkan aku dgn bakal wife hang tu.Kita keluar mkn2 sekali ke, ajak jerey sekali..mesti best kan.haha..

"YanTzY" said...

pj....
amboi sakan sungguh demand hg ni noo...
alaa nanti time konvo laa aku bawak dia mai sini...
bila hg nak sambung entry anggerik 2 dude?
gua excited ni...