Thursday, April 12, 2007

BUNGA-BUNGA CINTA (3)


[Entah diserang kegilaan apa, aku percaya terdapat objek yang sedang memantau perjalanan blog aku kebelakangan ini. Entry ini aku hadiahkan khas buat mereka haha..]

.
Sekali air bah, sekali pantah berubah. Di kala aku mula membesar laksana seekor kumbang yang gagah perkasa, aku nekad aku bukan lagi pencinta bunga. Aku ingin jadi tanah lapang. Biar segersang mana pasti juga ada gunanya. Sekurang-kurangnya tempat kaki-kaki menapak melangkah satu persatu. Kecewa? Bukan kecewa. Entahlah, semacam ada satu kepercayaan dalam diriku, tak ada bunga yang sesempurna Mawar. Mana mungkin aku mencintai bunga lain. Nekad. Aku lah tanah lapang lagi gersang.
.
Tanah gersang pun kalau disiram air tidak putus-putus akan basah jua jadinya. Aku kembali jadi pencinta bunga. Kali ini pada Seroja. Aku mencintai Seroja. Seroja tidak kalah pada Mawar. Dia cantik tapi tidak berbau. Oleh kerana itu, barangkali aku lihat dia seperti tidak menarik perhatian pencinta-pencinta bunga di sekelilingnya. Tiada bau. Pada peringkat permulaan selalu aku banding-bandingkan Seroja dengan Mawar. Selalu juga aku tertanya-tanya di mana harus aku letak Seroja dalam hatiku. Pergi Mawar, kini hanya Seroja.
.
Benih-benih kasih mula bercambah dalam hatiku. Makin bercambah. Seroja bolehlah ku katakan perempuan pertama ku kenali dalam hidup ku. Kenapa bukan Mawar? Aku tidak pernah berbual-bual dengan Mawar. Tidak pernah bertegur sapa. Wajarkah aku mengatakan dia yang pertama? Sudah tentu tidak bukan. Dahulu, bersama Mawar aku seorang pencinta bunga yang gagal kerana aku keras tidak berbuat apa-apa.
.
Kata orang cinta tidak datang dan pergi dengan sendirinya. Pasti ada penggeraknya. Lalu aku dan Mawar sama-sama gagal. Lain pula dengan Seroja. Aku sudah berusaha-kalau itu yang diperlukan. Aku sudah berusaha. Aku ingat benar, “saya tidak berniat untuk memikat hati awak kalau itu yang awak risaukan”. Aku ingat benar kata-kata itu. Pesanan aku kepada Seroja. Membawa bersama kata-kata itu tanda kegagalan aku buat kesekian kalinya. Sekali lagi kerana diri ku. Seroja masih berlegar-legar di sekeliling aku. Aku masih berpeluang menatap dirinya. Sekaligus meratapi kegagalan ku. Aku tahu selepas dia aku kini kembali jadi tanah gersang. Tinggal Mawar, tinggal Seroja.
.
.
.
bersambung...

17 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Untuk tatapan dan renungan bersama;

(Puisi yang dibaca MC Majlis Maulidur Rasul Peringkat UUM)



Bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji

kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:



Dikala dikau dilahirkan ,

bumi bersinar terang

Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi

tidak mampu untuk menanggung cahaya mu

Dan kami dapat terus melangkah

Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin

[ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]



Pohon Hidayah

(Karya : Raja Rajeswari Seetha Raman)



Kau semai dalam sukmaku
sebutir benih yang soleh
dan jiruskan air iman
yang ditimba dari telaga zamzam

benih itu
menjalar akarnya
merimbun daunnya
menjadi pohon hidayah
yang tidak luntur warna takwa
yang tidak lumpuh semangat syuhada
yang melambai syiar Ilahi
dan memayung hidup insani
menuju taman firdausi !



Sekian.



AM.Fairus

Alif Azhar said...

Waalaikummussalam..

Dipetik->

"Dikala dikau dilahirkan ,
bumi bersinar terang
Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi
tidak mampu untuk menanggung cahaya mu
Dan kami dapat terus melangkah
Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin"

Anonymous said...

ape hal la ngan jiwang2 nie...hai bagi la isu yang best ckit...

Anonymous said...

pj...
lu kembali menjadi tanah gersang, pernah lu terfikir kenapa kedua-dua bunga lu hilang dari genggaman lu sendiri?
kalau lu tau sebab musabab bunga2 itu hilang dan sebab musabab 2 adalah daripada kejahilan lu sendiri, gua rasa lu patut ubah lu punya sikap terhadap bunga lain yang kemungkinan akan datang 1hari nanti... bukan untuk berbangga dengan bunga 2 tapi untuk menjaga hati sekuntum bunga, kerana sekuntum bunga perlu dijaga dan disemai dengan kasih sayang, bukan dengan sikap ego masing2...
kalau ditakdirkan hadir sekuntum bunga dalam taman yg gersang 2 nanti, peliharalah ia dengan semai2 kasih sayang, tapi bukan dengan sikap ego....
akan sampai masanya bunga 2 akan datang kat taman gersang 2, mungkin tulip. atau mungkin jugak bunga kaktus heheheh...jaga tau, kaktus 2 lebih bisa daripada mawar dan seroja...
chow...

Alif Azhar said...

Sbb tu,bila tgk aku mcm ni jgn kata aku tak tahu apa2 ttg perasaan.Apa ingat mat rock tak berperasaan ke?haha...
ini baru berkapel lu(bukan hang) dah riak kononnya lu la manusia yang paling memahami tentang cinta.haha..
tak tahan aku jiwa-jiwa ni.

Anonymous said...

Salam..
Akhirnya, aku tahu juga siapa kamu pemuda jalanan, walaupun aku masih x mengenalimu. aku baru saja mengikuti jalan hidup kamu di sini. tapi entah macammana aku dpt menjejaki kamu. terlalu banyak sebenarnya klu yg kamu berikan. sehinggakan membaca blog kamu ini menjadi salah satu perkara wajib pula utk aku. (tengoklah, aku sendiri sudah terikut dengan gaya bahasamu)

Alif Azhar said...

pembaca,

Kita bukan hanya boleh mengenali seseorang melalui wajah semata-mata.Kita juga boleh mengenali dia melalui pemikirannya,tulisannya,emosinya dan segala macam perkara.
Sebab itu walaupun banyak komen dari anonymous sedikit sebanyak aku mempunyai gambaran siapakah anonymous tersebut.
tapi disebabkan kamu pembaca terikut-ikut dengan gaya aku,...tak ada gambaran.;-)

Anonymous said...

seperti kamu, aku juga tidak mahu org tahu siapa aku. biarlah aku hanya menjadi pembaca setia di sini. aku suka 'mendengar' cerita2mu. seperti melihat wayang gambar adakalanya, sangat jelas. aku suka yang itu. =)

Alif Azhar said...

pembaca,

tidak dapat tidak aku tetap mempunyai gambaran.hanya seorang.mungkin benar mungkin tidak.

Anonymous said...

pj....
eleh walaupun hg tak tuju komen 2 kat aku tapi sikit sebanyak hg tuju jgk kat aku... macam la aku tak kenai double meaning hg 2...tapi takpa la... depa riak dengan dunia depa, hg pun angkat "martabat" dunia hg...so kira adil la kan? kadang2 bukan laki yg nak tunjuk awek depa kat orang tapi dah awek depa yg "memaksa" depa tunjuk...dalam erti kata "outing " laaa....huhuhuhu kdg2 rimas jgk klu awek asyik ajak kuaq ja....

Alif Azhar said...

yantzy,

ler..ini yg silapnya kita.Aku kalau boleh tak mahu wujud istilah awek di dunia ni.Istilah awek ni la yang merendahkan martabat wanita.Siapa yg nak diri dia digelar awek si polan si polan?Jangan.Istilah awek ni bagi aku tak ada nilai.Kekasih,baru betul.haha..
Bukankah hang tunangan orang.Sepatutnya hang dah tak 'kenal' istilah awek semua tu.

Anonymous said...

Pemuda jalanan,
Kamu tak kenal aku la. sedangkan aku sendiri tidak mengenali kamu, bagaimana kamu mahu mengenali aku.. aku baru saja menjadi salah seorang pembaca blog kamu ini. satu perkara yang mungkin betul adalah aku seorang pelajar uum. tapi aku bukanlah terdiri dari org2 di sekeliling kamu.

Anonymous said...

pj...
2 hanya istilah je... sapa2 pun leh cipta istilah yg depa rasa sesuai utk depa n orang len...
macam jugak entry hg yg menyentuh ttg mat rempit@mat motor@pelumba haram 2... ianya jugak digelar istilah kan? :)
zaman berubah la bro..
kdg2 kita pun kena ikut berubah jugak...kita terima kalau ia kena dengan prinsip kita, & kita tak payah terima kalau kita tak mau terima...it doesnt matter bro...if you want, u take it & if you dont want, juz let it be...

Alif Azhar said...

pembaca,
tak kisah la.aku ttp ada gambaran aku sndr. ;-)

yantzy,
muzik tak pnh berubah.rock kapak spnjg zaman.haha...

Anonymous said...

aku pun sama.. tetap mahu mengatakan yang kamu silap. sudahla, tak perlu pening2 kepala meneka aku siapa. teruskan bercerita..

Anonymous said...

pj...
heheh lu memang rockers sepanjang zaman pun...
yg aku kagum pun sebab knowledge hg pasai rock 2 tough...
tak ramai yg macam 2...
heheh

Anonymous said...

pj....
wei awat yg dah byk hari tak sambung bunga2 cintan 2?
takkan nak tunggu grade dlu kot?????