Tuesday, March 27, 2007

PERSONAL JOURNAL (8)

[ Teks dihapus. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas teks asal]

8 comments:

Alif Azhar said...

EMAIL DARI PENGETUA:

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk warga Kolej Bukit Kachi 1 yang dikasihi sekalian.

Memandangkan kita semua dalam darurat akibat masalah air, pihak Pengurusan
Tertinggi UUM juga telah memutuskan bahawa semua kelas dan peperiksaan
ditangguhkan sehingga 31 mac 2007 (Sabtu). Oleh yang demikian, semua pelajar
digalakkan pulang. Namun, pesanan kami pihak pengurusan kolej sebelum anda
semua pulang, sila pastikan barang2 anda dalam keadaan selamat dan mana2 yang
patut dikunci..kuncilah.Begitu juga keselamatan anda semasa dalam perjalanan
pulang.Sila berhati-hati sepanjang masa..kita tidak tahu, mungkin yang cuba
mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku sekrang.

Manakala kepada warga kachi yang memilih utk tinggal di bilik asrama...juga
sentiasa berhati. Hopefully tiada yang pergi mandi manda di sungai belakang
kolej untuk keselamatan bersama. Air akan dibekalkan oleh pihak Universiti.
Namun harap semua dapat bersabar mungkin ada kelewatan dan ketidakcukupan
bekalan.Banyak2 lah berdoa agar bekalan air pulih semula dalam masa yg
terdekat.

Itu sahaja daripada kami. Mohon maaf atas segala kesulitan.

~PULA DAH.INGAT BALIK TAK PAKAI DUIT KE!!!~
______________________________________

Anonymous said...

har...har...har...

Terasa nak MARAH juga dengan pihak pengurusan UUM bila baca entry lu ni...
biasalah mereka ni jaga PERUT mereka sendiri...
bersabarlah...

Tapi kalau terasa nak PUKUL mereka ajak gua sekali...

Alif Azhar said...

yeah..meh pukul ramai2 ;-)
xda la sampai pukul bro.pusing2 salah diri sendiri juga.
pasal air..Paip2 air di negeri kedah semua dah uzur.Kerajaan persekutuan kena bantu,tukar paip baru.Pecah sana pecah sini.

Anonymous said...

Orang macam kamu ini tak perlu dikomen, cuma perlu dinasihat. Bila diberi peluang untuk menimba ilmu tapi kamu menimba air sahaja dalam kolej. Bila diberi motor kenala diberi saman juga, sebab ada motor tetapi tidak ada ilmu menggunakan motor itu. Yang kamu tahu bila motor itu dihidupkan boleh membawa kamu kemana sahaja kamu suka. Bila diberi kehidupan, kamu memilih kegelapan bukannya sinar cahaya.

Alif Azhar said...

pengurusan uum,

ramai yg menimba air shj dalam kolej.
ramai yg tidak ada ilmu menggunakan motor.
ramai yang memilih kegelapan berbanding sinar.
anyway..thanks.

Anonymous said...

Wahai anak-anak(pemuda jalanan),

Muda-muda cam kamu harus tempuhi susah-payah dulu supaya senang dihari tua. Takkan dari muda sampai keumur tua nanti nak susah. Dan kalau boleh jangan menyusahkan orang tua-tua, bagaimana bila kamu tua nanti disusahkan oleh orang muda. Siapa yang nak kegelapan, elektrik tiada pun sudah kecoh, kalau lampu motor kamu padam pun dah kalut nak beli mentol baru. Ubahlah falsafah hidup, semua orang berjaya dengan adanya kereta, bukannya motor. Mana yang lebih senang, pelumba F1 ker pelumba GP1?

Alif Azhar said...

aku bagi ruang kepada siapa sahaja untuk memberikan sebarang komen.
cuma aku harap lu orang akan bertanggungjawab dengan 'nama' yang lu orang bawa.Jangan ada yang mempergunakan nama pihak lain.

Anonymous said...

Memang pihak kami (Pengurusan UUM) menantikan kedatangan kamu untuk sebarang komen secara bersemuka. Datanglah ke pejabat Kolej berjumpa Pengetua/felo-felo kolej kamu sebelum pihak kami datang sendiri mencari masalah kamu.