Tuesday, March 20, 2007

BUNGA-BUNGA CINTA (2)

Atas permintaan roommate, aku sambung kisah bunga-bunga cinta. Besar harapan aku kalau dia dapat mengambil sebarang iktibar. Cinta boleh hadir dari pelbagai cara. Bukan sekadar kita pandang dan kita jatuh cinta. Bukan dengan cara kita 'melanggani' mana-mana perempuan yang kita suka.


Merah harum.Berpagarkan duri. Bertegapkan kelopak. Mawar. Suka benar aku dengan Mawar. Lama dahulu, ketika masih mentah, aku mula mengenali begini rupanya bunga mawar yang menjadi perhatian pencinta-pencinta bunga. Benarlah kata-kata, tiada yang sempurna di dunia ini. Bukan aku hendak menongkah arus. Tetapi bila ku lihat ia, dari arah sudut mana pun, tiada yang lain melainkan sempurna. Tidak percaya? Biar ku perincikan satu persatu. Bibir bak delima. Mata bak permata. Suara bak emas. Hidung bak intan. Ada ku sebutkan yang dia mempunyai tahi lalat manis di atas batang hidungnya yang cantik itu? Masih perlukah aku ceritakan lebih daripada ini? Masih perlukah aku menceritakan bagaimana rampingnya tubuh si Mawar, betapa bidangnya dada atau montok pinggulnya? Aku rasa tidak perlu. Nanti kelihatan pula aku lebih memandang yang zahir berbanding yang batin. Masih belum percaya ada yang sempurna?

Kata orang bunga adalah lambang keayuan. Menjadi simbol kepada yang indah-indah. Begitulah indahnya Mawar. Persis pelangi seribu warna. Yang baik pasti ada buruknya. Bertambah kuat kata-kata, tiada yang sempurna. Banyak juga cerita-cerita kurang manis yang ku dengar mengenai Mawar. Bukan dari orang lain. Dari kawan-kawan ku juga. Kata mereka, “kamu kenal siapa perempuan ini?". Aku mengangguk tanda kenal, memang sangat ku kenali.” Dia sudah beberapa kali ku bawa berjalan-jalan” kata kawan ku lagi. Aku faham benar maksud berjalan-jalan. Bukan sekadar berjalan-jalan menghirup udara segar, tapi lebih daripada itu. Berjalan-jalan memadu asmara. Aku tidak peduli. Kita setiap seorang dikurniakan nikmat untuk berkata-kata. Mereka juga punya nikmat sebegitu. Berkata-katalah. Aku tak peduli. Mawar tetap harum.


Kini aku sudah kehilangan jejak Mawar. Saat terakhir aku menatap wajahnya hampir lima tahun yang lalu. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku kehilangan jejak Mawar. Aku sudah tidak tahu di mana letaknya Mawar dalam rimba yang luas ini. Hampir gila aku tercari-cari di mana Mawar. Rupa-rupanya aku sesat dalam rimba sendiri.
Satu perkara tentang perkenalan kami, aku dan Mawar tidak pernah berkata-kata sesama sendiri. Malah aku sendiri tidak pernah memanggil-manggil namanya. Setelah kehilangannya aku mula sedar aku dan Mawar bukannya ada apa-apa. Hanya perasaan aku semata-mata. Perasaan sebegini tidak akan membawa apa-apa makna jika ia hanya datang dari satu pihak. Tambahan pula kalau ia sendiri terperosok jauh ke dalam. Terlalu dalam. Setelah lima tahun aku tidak pernah kenal lagi siapa Mawar -walau kadang-kala ku kenali juga sepintas lalu.



bersambung.....

10 comments:

Anonymous said...

en.aku..

Alif Azhar said...

yer..

Anonymous said...

email yahoo tu..masih aktif?kalo ada masa..check la..

Anonymous said...

need for you to read..permintaan terakhir..all the best..n maaf sebab jadi pembaca tak diundang kat sini..

Alif Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Alif Azhar said...

dah hampir setahun.
tak nak ambil risiko,org balas guna hotmail.

Anonymous said...

dah..selesai..kalo ditakdirkan sampai..balasan email orang..dan arapnya sampai..penting bagi orang supaya sampai..cukup itu..jaga diri baik-baik..ur better than what u think..setidak-tidaknya bagi orang..always have n always will be..
~aku dan sesuatu~..memang awak ada sesuatu..salamzzz..

Alif Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

akum en.aku...
aku ni bukan anonymous yang kat atas 2, tapi rasanya hg kenai aku...heheh dengar mcm dah ada contact semula dengan 'mata' 2... i think she the gurl right? aku juz teka je sebab dengar komen dia 2 buat aku terfikir dengan kisah silam hg 2...anyway layan la dia...she need you, whether as a good fren or something...you know that...

Alif Azhar said...

AKU HARAMKAN PERASAAN AKU TERHADAP MANA-MANA PEREMPUAN DAN AKU HARAMKAN PERASAAN MANA-MANA PEREMPUAN TERHADAP AKU
SEHINGGALAH SUATU MASA.