Sunday, March 18, 2007

PERSONAL JOURNAL (7)


INDAH KHABAR DARI RUPA

Semalam aku pergi Stadium Darul Aman tengok bola Piala Malaysia Kedah lawan Perak. Kalau tak silap aku, kali terakhir aku tengok bola dekat stadium, tahun 2003 untuk game Perak lawan Melaka dan aku masih simpan tiket untuk malam tu sampai ke hari ni. Saja-saja aku simpan. Dulu, masa aku umur dalam 14 tahun aku selalu dapat tengok bola dekat stadium Ipoh. Tengok free. Sebab kawan aku bapa dia AJK FA Taiping. Bapa dia kalau Perak main dekat Ipoh sure dia akan pergi dengan seorang lagi kawan dia (Bendahari FA Taiping). So aku selalu tumpang tengok dengan depa. Sebab tu aku dapat tengok free.
Kebelakangan ni Perak menang berturut-turut.Sebab tu aku tertarik nak pergi tengok game semalam. Semenjak aku 'merantau' di Negeri Kedah Darul Aman ni aku dah tak pergi Stadium tengok Perak main. Semalam la pertama dalam tiga atau empat tahun ni. Kami pergi 12 orang. 4 orang Perak, 4 Kedah, 2 Selangor, 1 N Sembilan, 1 Sabah. Bila dah bercampur-campur background macam tu kami duduk dekat tempat penyokong Kedah. Ye la,tak akan datang sekali nak duduk asing-asing. Tak akan kami 4 orang penyokong Perak nak lari duduk dekat penyokong Perak. Dah la penyokong Perak duduk dekat grandstand. 15 ringgit tuuuu...
Kalau lu orang tengok gambar dekat atas tu lu orang bayangkanlah.Aku duduk di tengah-tengah ribuan penyokong Kedah. Aku yang berbaju biru belang putih tu.Bayangkanlah telinga aku nak tahan dengar 'keceluparan' mulut penyokong-penyokong Kedah. Tu belum kira member-member aku yang entah kena serang penyakit sawan apa tah sampai malam tu semuanya pakat sokong Kedah. Sampai sanggup beli baju Kedah.Chitt..porahh..setia konon.Tahulah lu orang menuntut ilmu di negeri Kedah! Meluat aku :-)
Malas nak cerita panjang.Kesimpulan aku untuk game Perak malam tu, player Perak main macam tak ada:-
1. Macam tak ada jiwa
2. Macam tak ada naluri
3. Macam tak ada perasaan
4. Macam tak ada otak
5. Macam tak ada semangat
6. Macam tak ada kaki!
Paling aku benci tengok Yusri Che lah. Kalau aku jadi Presiden Bola Sepak Perak, aku buang dia dengan serta merta. Walau apa pun, Stadium Darul Aman tak happening macam Stadium Ipoh.
Skor Yob Skor.

3 comments:

Anonymous said...

Knp mesti kami dipersalahkan!

pemuda jalanan said...

ni aku tahu siapa yg komen.
hangpa emo sgt knp?
ramai yg marah,bukan aku marah hangpa.kan ke aku letak icon.fahami ler icon tu.

Anonymous said...

akumm....
lu pun kena faham jgk bkn semua game yg diorang main akan menjadi..adat permainan, ada kalah ada menang, walaupun kedah menang tapi tu tak bermakna kedah dah cukup kuat..mungkin hanya 'luck'..support la lu punya state, bukannya hentam diorang...