Friday, January 19, 2007

SURAT DARI AKU (2)

Kau

Terlalu lama peristiwa itu berlalu. Kalaulah kita sekuntum bunga, ku kira sudah tentu hilang serinya. Rajuk itu perlu. Kau merajuk tanda Kau kecewa terhadap diriku. Tak mengapa. Bukan Kau seorang begitu. Sudah berapa ramai kecewa bila melihat keadaan diriku. Kau tahu atau tidak? Untuk surat kali ini Aku fikir Aku akan berterus terang terhadap dirimu. Kau sama sahaja. Sama dengan manusia-manusia lain. Kata mereka, "manusia itu makhluk yang daif. Tak perlu merintih soal nasib. Tak perlu kecewa pada sesalan. Lupakan soal-soal kekurangan. Tak perlu basahkan lantai penglihatan hanya kerana perkara sekecil pandangan. Manusia perlu belajar terima hakikat". Kau sama sahaja. Pandai melafazkan itu dan ini. Pandai mengambil hati seolah-olah tiada apa lagi yang perlu aku sesalkan dalam hidup ini. Apa lagi yang perlu Aku rintihkan. Aku seperti orang yang tak kenal erti untung kalau aku masih lagi merintih. Akhirnya Kau pergi juga.
Aku lepaskan Kau pergi kerana Aku sangka Kau pergi hanya untuk sementara. Biar Kita sama-sama memikirkan tentang apa yang berlaku. Tapi rajuk mu kali ini panjang. Sudah berkali-kali Aku merayu kepada mu supaya cepat kembali. Kita rawat bersama luka yang terguris. Kita sendiri yang melukakannya. Apa perlu ubat lain kalau bukan diri kita sendiri? Lelaki itu tinggi peribadinya. Hebat di luar dan di dalam. Jatuhlah peribadinya kalau dia terus merayu-rayu pada yang tak sudi. Aku bukan lelaki itu. Rendah dengan terus merayu pada mu. Biar angin seganas ribut, biar api sebahang marak, biar dingin sekeras beku aku tetap begini. Seperti dahulu....

di lorong dulu,
Aku

No comments: