Saturday, January 27, 2007

AKAN KU TINGGALKAN KAWAN ITU


AKAN KU TINGGALKAN KAWAN ITU
(dedikasi buat penghuni semester 6 Kolej Kediaman Bukit Kachi 1 UUM)
Bukan kerja seorang kawan,
beri sinar pada mentari yang sudah terik sinarnya,
pinjamkan cahaya pada bulan yang kerap merungut,
"bulan ini sudah letih mengambang"!
ajari ibu ketam bagaimana mahu jadi ibu yang baik,
supaya anak ketam tidak lagi diketawakan,
tatkala berjalan terhoyong hayang mengejar buih dicelah-celah batu,
depakan tangan,jerit pada ombak, "
cukup sampai di sini,daerah mu sampai di sini,
jangan dibunuh nyawa yang tidak berdosa,
persis saudara mu sang tsunami.
Bukan kerja seorang kawan,
pesan aku,
beritahu dahulu kalau mahu tukar nombor telefon mu,
tinggalkan alamat email mu,yahoo atau hotmail,
nanti mudah ku hubungi, bila rindu datang bertamu,
jawab mu,
kita bersama setakat ini sahaja,
lengkap 3 tahun berpisahlah kita,
ketika itu kau dan aku terkejar ke sana ke mari,
jaja ijazah pada yang sudi,
tidak perlu telefon atau email di antara kita,
Tidak mengapa kalau itu kata mu,
nanti kan ku cari kawan baru,
sebagai ganti diri mu.
21.12.06,10.15pm,Taiping.

No comments: