Sunday, April 08, 2007

NOTA (3)

NOTA BUAT 'PENGURUSAN UUM'

[Teks dihapus. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas teks asal]

5 comments:

Anonymous said...

Nota buat orang muda..

Inilah sikap orang muda, bila ditegur sikit dah naik angin, nak bakar Universiti. Pendirian mudah goyah. Tahu pulak kamu menilai sejarah hidup kamu yang lepas, mahukah sejarah hidup kamu yang lepas berulang? Mana lebih baik hidup kamu sekarang di Universiti ataupun hidup kamu yang lepas? Kamu mahu hidup di Universiti setiap malam berkipaskan surat khabar? Mahu masa depan kamu dengan apa yang dimiliki masa sekarang? Sebagai orang tua, niat kami adalah untuk membentuk satu sifat yang positif kepada diri kamu bukan hendak bermusuhan dan pijak kepala kamu. Kita hidup berkelompok untuk membina negara bangsa yang berjaya, jika kamu sendiri membenci negara bangsa yang kamu duduki ini, tak mustahil satu hari nanti kamu sendiri betul-betul dipijak oleh bangsa asing yang negara mereka sudah maju-maju belaka. Mungkin kata-kata ini amat berbisa bagi kamu untuk diterima tapi suatu hari saya percaya kamu jugak akan naik ke pentas dewan Mas dengan bersopan santun dan tunduk hormat untuk menerima sekeping ijazah daripada Pengurusan UUM sebagai tanda kamu mensyukuri dengan kejayaan anda yang kami bekalkan.

Anonymous said...

Pengendali laman blog perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 6 April – Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menegaskan, pengendali laman blog perlu bertanggungjawab ke atas setiap berita yang disiarkan dalam blog masing- masing jika mahu mempertahankan hak mereka.

Beliau berkata, ini kerana negara mempunyai undang-undang tertentu yang boleh dikenakan ke atas golongan itu jika mereka bertindak di luar batasan termasuk mengedarkan berita-berita berunsur fitnah dan sebagainya.

Antara undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pemilik, pengendali dan peserta laman web di negara ini ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

‘‘Hak itu datang bersama tanggungjawab. Tiada pihak yang hendak mengganggu hak mereka selagi pengendali bertanggungjawab. Jadi, bertanggungjawablah,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pameran foto Presiden Gerakan di Wisma PGRM di sini, hari ini.

Pameran itu terletak di ruang legar Dewan Wawasan dan dibuka kepada umum bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam, sehingga Ahad ini.

Keng Yaik sebelum itu diminta mengulas hasrat pemilik atau pengendali web untuk mewujudkan kesatuan bagi melindungi hak mereka.

Dalam reaksinya itu, beliau berkata, pihak kementerian tidak menentang hasrat tersebut selagi pemilik atau pengendali laman-laman web di negara ini bertanggungjawab ke atas setiap bahan yang disiarkan.

Ini kerana, katanya, tidak semua pemilik atau pengendali laman web bertanggungjawab apabila turut menyiarkan bahan yang disifatkan sebagai ‘kotor’.

Alif Azhar said...

apa yg ditulis dlm blog ini adalah pemikiran peribadi semata-mata.Segala punca teks adalah berdasarkan ciri2 penulis.Jadi sedia2kan diri anda dgn corak tulisan spt ini.
mungkin beberapa entry kebelakangan ini ada unsur2 memburukkan pihak universiti.InsyaAllah aku akan tebus dgn entry2 yg baik mengenai universiti suatu hari nanti supaya pembaca mdapat gambaran yg sebenar mengenai UUM.
Istilah BAKAR bukanlah mbawa maksud memusnahkan universiti dgn cara membakar universiti.Kita harap suatu hari nanti pelajar2 yg akan datang dapat 'membakar' universiti,supaya status pelajar tidak lagi dipandang semata-mata sebagai manusia yang baru hendak belajar tentang hidup.Kita mahu pelajar lebih dihormati.
Terima kasih dengan komen anda.

Anonymous said...

pj....
bg aku la, pendapat p.uum 2 ada betoinya dan pendapat hg pun ada betoinya....aku kat cni tak mau nak sebelah mana2 pihak..bg aku, hg ada hak utk luahkan apa yg hg rasa sebab ni tempat utk hg buat semua 2..lagipun p.uum sendiri dah bg kita port utk luahkan pendapat, sepatutnya depa kena dengar dan tafsir pendapat hg 2, bukannya dengan 'melatah' tanpa sebab...depa nak bercakap pasai 'hormat', memang kita ni sebagai orang melayu dah diajar utk hormat orang tua tapi orang tua jgk patut hormat orang muda...2 baru betoi...konsep hormat-menghormati 2 baru la kena gayanya.. takkan kita sebagai orang muda hanya patut ikut telunjuk orang tua semata-mat tanpa berfikir dulu..kdg2 orang tua tak semuanya boleh 'pakai', ada yang lingkup jgk...apapun hg jgn putus asa la, ni blog hg, hg ada hak utk luahkan apa2 yg hg rasa...kami ni hanya follower entry hg je, sekadar utk kami jadikan renungan mana yg patut....kena ingat jgk, pakai kereta 2 takkan menjamin sinar dalam hidup, orang yg hanya ada basikal pun kdg2 hartanya melebihi orang yg juz nampak bergaya tapi akhlak zero....hg penah hidup susah, aku jgk penah hidup susah, depa jgk penah hidup susah, perkataan susah 2 je yg sama tapi kontek dan situasinya tetap takkan sama...ada beza yg sangat ketara kat situ....

Alif Azhar said...

pandai hang bagi pandangan.bagus..bagus..baru idealis :-)
Mereka orang besar, mana reti hormat orang.
Mereka nak pakai kereta, biarlah.
bawa laju2,nanti accident biar berkecai satu badan,senang nak kebumi.
kita naik kereta lembu sudah la.